Menurut Gagne pembelajaran adalah
sebagai satu cara pemerosesan data dan maklumat. Proses pembelajaran bergerak
daripada peringkat yang paling mudah menuju kepada peringkat yang rumit dan
kompleks. Kejayaan pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada
pembelajaran yang telah di capai pada aras yang rendah. Objektif pembelajaran
akan dapat dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran diperingkat
yang lebih awal. Oleh itu, sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih
tinggi, guru perlu memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu
untuk pelajaran yang baru.
Gagne
telah mengenal pasti 8 jenis pembelajaran iaitu:
1. Pembelajaran
isyarat.
Merupakan kaedah
pembelajaran berasaskan perubahan tingkah laku yang di sebabkan oleh pengaruh
kebiasaan atau pelaziman tingkahlaku. Pembelajaran isyarat ini banyak
menggunakan akal fikiran dan berlaku secara semulajadi.
Cth:
Bunyi loceng menandakan waktu bermula sesi pembelajaran/rehat/pulang dari
sekolah.
2. Pembelajaran
ransangan gerak balas
Kaedah ini bergantung
kepada proses peneguhan. Ini bermakna pujian dan ganjaran perlu diberikan bagi
tingkahlaku yang diingati.
Cth:
Pujian diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan guru
3. Pembelajaran
melalui rangkaian motor
Kaedah ini digunakan
dalam pembelajaran kemahiran seperti aktiviti permainan, muzik, elektronik,
mekanikal dan lain-lain. Merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan di
antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan berdasarkan
gabungan pelbagai rangsangan.
Cth:
Bermain bola sepak
4. Pembelajaran
pertalian berbahasa
Pertalian berbahasa
merupakan suatu rangkaian berbahasa yang berlaku apabila pelajar
menghubungkaitkan dengan fakta, data dan konsep.
Cth:
Pelajar menulis dan menyebut nama objek berdasarkan apa yang di lihatnya
5. Pembelajaran
konsep
Pembentukan konsep
bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri
sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah
membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar
perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dapat membentuk
konsep yang betul dan tepat.
Cth:
Pelbagai kaedah digunakan untuk menerangkan konsep pecahan seperti potongan kek
dan pizza.
6. Pembelajaran
hukum
Merupakan pembelajaran
yang kompleks kerana kaedah pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih
konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Ianya melibatkan
penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi.
Cth:
Pembelajaran matematik
7. Pembelajaran
penyelesaian masalah
Pembelajaran
penyelesaian masalah dianggap satu jenis pembelajaran peringkat tinggi dan kompleks.
Melibatkan pemilihan prinsip dan rumus untuk menyelesaikan masalah dalam situasi
yang baru.
Cth:
Pembelajaran sains
8. Pembelajaran
diskriminasi
Pembelajaran ini
berlaku apabila pelajar dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak
balas bagi menghasilkan sesuatu.
Cth:
Guru memperkenalkan konsep bulatan, guru telah menyebutkan perkataan bulatan
secara ransangan gerak balas. Seterusnya pelajar akan belajar membuat
diskriminasi antara bulatan dengan objek lain seperti segi empat sama.
# Jika anda rasa artikel ini bermanfaat atau perlukan penambahbaikkan, berkongsi maklumat, pandangan atau pendapat sila nyatakannya diruang komen. Terima Kasih.
Tkasih, Sangat bermanfaat
ReplyDelete