Powered By Blogger

Friday 17 August 2018

SUMBER PEMBELAJARAN TERBUKA/Open Education Resources(OER) (FundofInst.)



SUMBER PEMBELAJARAN TERBUKA/Open Education Resources(OER)
Merupakan bahan-bahan pengajaran, pembelajaran dan sumber-sumber penyelidikan dalam apa jua bentuk sama ada digital atau sebaliknya yang ditinggalkan di domain awam atau telah dikeluarkan di bawah lesen harta intelek yang membenarkan penggunaan percuma dan boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penilaian dan penelitian. OER merupakan bahan-bahan pengajaran yang bebas untuk digunakan dan tidak melibatkan sebarang kos serta perundangan, ianya tidak sama seperti kebiasaan sumber-sumber yang dilindungi oleh hak cipta.  OER dibina oleh individu atau organisasi yang memilih untuk mengekalkan sedikit pemilikan hak cipta tersebut. OER merangkumi video, rancangan pengajaran, kursus dalam talian, kurikulum dan juga termasuk platform perisian yang diperlukan untuk membina, membuat perubahan dan berkongsi bahan-bahan.
Penggunaan OER dijadikan sebagai satu inovasi dalam dunia pendidikan apabila kebanyakan individu mengakses bahan-bahan terbuka secara formal ataupun sebagai sumber tambahan kepada kurikulum atau program yang sedia ada. Contohnya, guru boleh menggunakan satu rancangan pengajaran terbuka secara dalam talian untuk menambahkan aktiviti tambahan serta mennyediakan latihan tambahan kepada pelajar-pelajar yang masih kurang arif dan bergelut dalam memahami sesuatu konsep pembelajaran.
Selain itu, sekolah-sekolah yang mempunyai capaian internet yang stabil dan kuat juga boleh mewujudkan perpustakaan digital kepada guru-guru dengan menyediakan koleksi bahan-bahan daripada sumber pembelajaran terbuka supaya dapat memudahkan guru untuk mencari, membuat rancangan pelajaran tertentu atau menyediakan bahan-bahan yang sesuai dengan subjek dan tahap pelajar-pelajar mereka.
Penggunaan OER memberi kemudahan kepada pelajar serta dapat menjimatkan masa dan menjimatkan kos kerana kebanyakkan sumber OER boleh diakses dengan percuma tanpa sebarang bayaran. Sebagai pelajar, penggunaann OER memberi peluang kepada mereka mengakses bahan pembelajaran dan bersosial dalam bidang pendidikan tanpa sempadan secara atas talian. Perkara ini membolehkan pelajar dapat berinteraksi secara positif dengan menyuarakan pendapat, idea serta dapat berkongsi sumber pembelajaran dan ilmu pengetahuan yang meluas tanpa melibatkan kos yang banyak.
Salah satu contoh sumber pendidikan terbuka ialah “Open Learn” yang mana laman sesawang ini boleh digunakan untuk tujuan berikut:
i.                    Mencari artikel secara imbasan melalui kategori subjek, menonton video dan berinteraksi dengan ciri-ciri dan permainan yang dicipta oleh pakar-pakar akademik.
ii.                  Meneroka topik baru untuk membangunkan pengetahuan sendiri atau mencari bahan rujukan untuk topik yang sudah dipelajari
iii.                Menyertai perbahasan secata dalam talian.
iv.                Mengambil salah satu kursus percuma yang disediakan dalam talian.
v.                  Mendapatkan lencana digital atau sijil penyertaan sebagai bukti pembelajaran.


No comments:

Post a Comment