Powered By Blogger

Monday 6 August 2018

Memancing Dari Sudut Pandangan Membawang

Aku rasa terpanggil untuk menulis bila melihat satu rancangan televisyen berkenaan hobi memancing, rancangan tu macam berat sebelah jer, kebanyakan yang di temubual untuk memberi komen rata - rata bukan dari golongan kaki pancing, jadi semua komennya bersifat negatif sahaja. Jadi mungkin coretan ini akan sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi golongan 'unpancing' terhadap kaki - kaki pancing. Memancing memang hobi popular sebahagian orang lelaki dan paling tak di sukai orang perempuan terutama golongan isteri - isteri jika suaminya kaki pancing. Hal ini  kerana mereka beranggapan hobi memancing ni hanya membuang tenaga, wang ringgit dan yang paling utama ialah masa bersama keluarga, anak, isteri, ibu bapa dan masa kerajaan (tu bagi orang yang monteng kerja  sbb pegi mancing). Bagi mereka, kalau nak ikan baik pergi beli di pasar jer, senang.

Tapi bagi kaki pancing, mereka ada alasan tersendiri berhubung hobi extreams mereka ini. Ada sesuatu kepuasan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Mengambil kata - kata dari seorang profesional (yang tidak perlu dinyatakan namanya) berhubung isu ini beliau ada menyebut, "orang lelaki kalau tiada hobi khusus lagi bahaya, sebabnya lelaki takkan boleh duduk terperap kat rumah macam perempuan kerana fitrahnya lelaki Tuhan jadikan untuk bekerja, jadi kalau lelaki takde kerja nak buat (kerja kat rumah tu, yang simple2 lelaki jarang nak buat,bagi mereka tak mencabar atau isteri, anak2 boleh tolong buat) jadi mereka ni akan duduk kat kedai kopi, layan karaoke layan dangdut, layan nombor (bagi yag bukan kaki masjid),layan perempuan(tambah koata) dan sebagainya". Tu pendapat dari sudut pandangan kudus beliau lah.(Aku anggukan kepala sahaja).

Bagi aku pula, memancing ni satu hobi yang sempurna..ketenangan..kesabaran...kesedaran tentang Qada' dan Qadar dan macam2 "ke..." yang lain2 lagi.
Apa2 pun...Chiiill!!!!! untuk para pemancing tegar. Anda memang awsome.




                                                    

No comments:

Post a Comment