Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)
Pembelajaran
secara jarak jauh lazimnya mengizinkan para pelajar mengambil bidang yang
disukai pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Perkara ini membolehkan mereka
menyesuaikan pendidikan dan latihan yang diterima dengan tanggungjawab atau
komitmen yang sedia ada seperti keluarga, kerjaya, masyarakat, malah hobi. Ini
memberi kesempatan kepada pelajar untuk menyusun kehidupan bersesuaian dengan
cara hidup, keterbatasan waktu, jarak dan dana yang diperlukan.
Pembelajaran melalui kaedah ini ternyata sangat berkesan dan efektif, terutama
kepada pelajar yang dewasa dan mempunyai motivasi yang kuat untuk mengejar
kejayaan di dalam kerjaya atau kepuasan diri untuk melanjutkan pengajian.
Mereka mempunyai sifat kendiri yang tinggi dan mampu memikul banyak
tanggungjawab dalam satu masa sebagai pekerja, ahli keluarga dan
sebagai mahasiswa. Sistem pendidikan ini amat sesuai dengan kemampuan pelajar.
Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sambil meneruskan karier
tanpa menjejaskan komitmennya yang lain.
Melalui
pendidikan secara jarak jauh ini, para pelajar perlu berdikari atau belajar
kendiri dalam menelaah atau mengulangkaji pelajaran. Perhubungan yang minima di
antara pensyarah dan pelajar dan pelajar dengan pelajar yang lain memaksa pelajar
untuk mencari bahan dalam membuat ulangkaji sendiri. Perhubungan secara maya
mendekatkan jurang perbezaan ini tetapi masih tidak dapat menandingi
perhubungan secara tradisional.
Dalam
sistem pembelajaran jarak jauh, perhubungan ini dijalinkan melalui bentuk
cetakan, perhubungan elektronik, telefon, telesidang, audio, video penyiaran
dan lain-lain cara lagi. Terdapat banyak kaedah perantaraan yang digunakan oleh
institusi yang menawarkan program pengajian jarak jauh, antaranya adalah :
KAEDAH
PENGANTARA
|
CONTOH
|
Media Cetak
|
-Makalah
-Poster -Akhbar
-Buku
|
Audio/Media Visual
|
-Telefon
dan fax
-Radio, Penyiaran Microwave -Kaset audio |
Komputer/Internet
|
-E-mel
-Akses kepada World Wide Web -Perisian program/CD ROM |
Media Penghantaran Satelit
|
-Radio
atau televisyen digital
-Video atau Teleconferencing |
KELEBIHAN
1. Para
pelajar boleh mengawal dan mengawasi waktu belajar sendiri tanpa perlu melalui
jadual yang ketat berbanding pelajar yang belajar sepenuh masa mereka melalui
waktu pembelajaran yang lebih panjang.
2. Menjimatkan
masa dan tenaga dalam menempuhi alam pengajian kerana pembelajaran yang
mengambil masa selama empat tahun melalui kaedah konvensional juga boleh
diambil oleh pelajar jarak jauh dengan masa yang sama.
3. Pembelajaran
secara jarak jauh juga membolehkan para pelajar belajar dengan cara dan kaedah
tersendiri tanpa perlu mengikut rentak sedia ada. Setiap orang mempunya corak
dan rentak yang berbeza dan kaedah ini bersesuaian dengan keselesaan dan
keupayaan masing-masing.
4. Penghantaran
kertas kerja atau tugasan juga amat mudah dan menyelesakan. Hanya dengan satu
petikan butang, tugasan yang diterima sudahpun dihantar.
5. Akses
kepada perpustakaan atau maklumat pada setiap masa dan ketika. Ia tidak
tertakhluk kepada masa tertentu dan pastinya dengan keselesaan di rumah
sendiri. Ini membolehkan seseorang melaksanakan beberapa tugasan dalam satu
masa.
KEKURANGAN
1. Kurangnya
perhubungan antara fakulti, pensyarah dan pelajar lain. Menelaah sejumlah buku
atau jurnal yang banyak dengan ketiadaan mentor untuk mengawasi adalah agak
sukar bagi sesetengan pelajar. Kurang perhubungan dengan pensyarah boleh
membawa kepada kurang penerimaan atau pemahaman bagi sesetengah tajuk.
2. Masalah
disiplin yang dihadapi bagi meneruskan pengajian dan menelaah pelajaran. Tanpa
pengawasan yang rapi dan peringatan dari pensyarah, bagi sesetengah pelajar
akan ketinggalan dalam meneruskan pengajian. Masalah akan menjadi semakin
rumait andai berlaku pertembungan antara kehendak kerjaya atau keluarga dan pembelajaran
yang memerlukan komitmen dalam masa yang serentak
3. Kebergantungan
kepada teknologi membataskan hubungan sesama mereka. Jawapan yang diperlukan
pada masa yang cepat seperti pertanyaan kepada pensyarah tidak dapat
diperolehi. Begitu juga dengan huraian mengenai sesuatu masalah juga tidak
dapat diperolehi dengan kadar segera.
4. Akses
kepada internet juga amat diperlukan bagi pelajar yang memilih pengajian
melalui kaedah ini. Tanpa sambungan kepada internet, adalah hampir mustahil
pelajar dapat meneruskan pengajian dan seterusnya berjaya hingga ke akhir. Bagi
mereka yang tinggal di bandar mungkin hampir tidak mengalami masalah
perhubungan internet berbanding dengan mereka yang tinggal di pedalaman dan
mempunyai akses kepada internet yang terhad.
Dalam
menempuh alam pengajian jarak jauh ini, pelajar haruslah mempunyai kemahiran
tertentu bagi membolehkan mereka meneruskan kesinambungan pengajian
masing-masing Antara kemahiran-kemahiran yang boleh diaplikasikan adalah :
1. Kemahiran
Mengurus Masa
-
pelajar perlu komited dan pandai menguruskan masa dengan bijak.Aktiviti membuang
masa dan tidak berfaedah haruslah dikurangkan dan sebaiknya dibuang untuk
sementara.
-
Komitmen pelajar amatlah dituntut bagi mengejar masa depan kerjaya yang lebih
cemerlang.
-
Mempunyai keupayaan untuk memberi tumpuan.
-
Pelajar boleh memfaatkan waktu senggang antara waktu kerja, sebagai masa untuk belajar
sama ada membaca nota kecil atau peta minda yang telah disediakan.
2. Kemahiran
Mengadaptasi Media
-
Pelajar perlu berkemahiran menggunakan media terutama elektronik bagi tujuan
arkib, perhubungan dan komunikasi di antara universiti, fakulti, pensyarah dan
pelajar. Pelajar mesti sentiasa seiring dengan dunia teknologi maklumat yang
sangat cepat berkembang pesat agar tidak ketinggalan. Sekiranya pelajar dapat
menguasai kemahiran menggunakan media dengan baik, sudah pasti tugasan dapat
dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.
-
Penggunaan pelbagai jenis media akan membantu pembelajaran yang lebih menarik
dengan pelbagai aplikasi yang menjadikan sesuatu pembelajaran lebih efektif dan
menarik. Seterusnya pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran belajar di
samping menguatkan ingatan bagi sesuatu topik kerana penggunaan pelbagai media
boleh membantu meningkatkan cara berfikir secara kreatif dan kritikal.
3. Kemahiran
Merancang
-
Pelajar perlu bijak mengutamakan perkara yang paling utama.
-
Membina jadual dan hendaklah berusaha untuk mengikut jadual yang disediakan
sehabis baik.
4. Menukar
Tatacara Pemikiran (mindset)
-
Pelajar perlu mempunyai sikap dan kualiti tertentu seperti bersungguh-sungguh
dan tekun agar agar dapat mengimbangi tanggungjawab sebagai pelajar adalah
seimbang dengan tanggungjawab lain dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment