Powered By Blogger

Friday 6 May 2011

Sejarah Madrasah Di Malaysia

LATAR BELAKANG SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

          Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Malaysia atau pada masa itu di sebut sebagai Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu adalah seperti pengajaran al-quran, pembentukan tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.

          Pada peringkat lebih teratur, terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar yang menuntut akan tinggal di pondok yang di bina di sekeliling rumah guru tersebut. Sekolah pondok tiada mempunyai sukatan yang khusus dan ianya menggunakan kaedah halaga dan pelajaran tadahan. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit mengikut dasar yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri. Matlamat utama sistem pendidikan Inggeris pada ketika itu adalah tidak jelas kerana ianya sekadar memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi dan juga bertujuan memenuhi perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Oleh itu objektif pendidikan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja. Tegasnya, pendidikan yang di laksanakan oleh Inggeris pada zaman itu berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural yang tidak sesuai dengan keadaan struktur masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang bahasa, adat dan budaya. Orientasi pendidikan yang sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

PENDIDIKAN MADRASAH

          Sistem Pendidikan Madrasah mulai diperkenalkan bagi menyaingi sekolah-sekolah sekular. Kewujudannya adalah bertujuan mengekalkan ‘keislaman’ orang-orang Melayu serta mengelakkan orang Melayu di pengaruhi sepenuhnya oleh pengaruh Inggeris
. Sejarah dunia Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Kedatangan Islam pada abad ke-13 ke Tanah Melayu turut disusuli dengan perkembangan yang melahirkan ribuan tokoh agama yang gigih berjuang menegakkan syiar agama suci itu. Seorang tokoh agama yang tidak asing dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu ialah Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, khususnya agama Islam. Ini termasuk sumbangannya memajukan pendidikan agama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung Ulu Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Muda. Hasil perjuangan itu, lahirlah sistem pengajian madrasah di Tanah Melayu. 

Kebanyakkan golongan yang mengasaskan Madrasah terdiri daripada Kaum Muda yang mendapat pendidikan di Mesir. Kalau diperhatikan terdapat perbezaan yang nyata sistem pendidikan Madarasah dengan sistem pendidikan pondok. Sistem pendidikan di madrasah mempunyai pembelajaran yang lebih teratur dan tersusun.

           Di Madrasah, cara pengajaran lebih berbentuk sekular yang tidak lagi menggunakan kaedah halaga dan pelajaran tadahan.
Sistem persekolahan di madrasah banyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan yang terdapat di Mesir dan di Barat. Antara ciri-ciri sistem pendidikan di madrasah mempunyai kemudahan seperti pembahagian kelas, kewujudan jadual waktu dan pelajaran akademik. Sebagaimana dijelaskan oleh kenyataan di bawah;
“...madrasah mempunyai kurikulum yang tertentu serta struktur yang hampir menyerupai sekolah sekular. Namun, bahasa Arab kekal sebagai bahasa pengantar tetapi segala peluang diberikan bagi pelajar-pelajar mempelajari bahasa Inggeris dan juga subjek-subjek ‘moden’ seperti sains dan matematik…”, Andaya, Sejarah Malaysia.

           Kaum Muda memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sistem pendidikan madrasah.
Pengasas Kaum Muda di Tanah Melayu pada ketika itu terdiri daripada Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka merupakan antara tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan di Mesir dan merupakan golongan konservatif yang mahu mengekalkan amalan tradisi orang Melayu dalam bidang agama. Namun, Kaum Muda menganggap ajaran Islam harus menerima idea dan falsafah barat agar umat Islam mendapat kemajuan setanding dengan orang lain. Oleh itu, amalan sistem pengajian pondok yang mementingkan amalan keakhiratan saja mungkin agak ketinggalan zaman dan perlu di perbaiki. Bagi menggantikan system pengajian pondok tersebut, satu sistem pendidikan yang baru haruslah dibentuk.  Sistem pendidikan tersebut harus mampu memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular yang diajurkan oleh penjajah Inggeris. Selain itu juga sistem pendidikan itu mestilah mampu melahirkan pelajar yang alim, berilmu, bertanggungjawab kepada diri, agama dan bangsa.

          Madrasah al-Iqbal merupakan madrasah pertama didirikan di Singapura pada tahun 1907. Pada tahun 1917, Syed Sheikh al-Hadi menubuhkan Madrasah Al-Hadi di Melaka dan pada tahun 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang menubuhkan Madrasah al-Masyhor dengan kerjasama beberapa orang Arab. Peranan Kaum Muda dalam majalah Al-Imam ada menerangkan betapa pentingnya pendidikan Islam dalam masyarakat Melayu terutama dalam pendidikan madrasah, iaitu mengusulkan suatu pembaharuan pada Sistem Pendidikan Islam. Menurutnya Sistem Pelajaran Islam haruslah didasarkan pengajaran rukun dan hukum yang benar dan dengan dasar ini mata-mata pelajaran bahasa arab, bahasa inggeris dan lain-lain yang bersangkutan dengan pelajaran moden hendaklah diajarkan.

           Di Kelantan, Pendidikan madrasah didokong oleh pendidikan bersifatkan keislaman dan tidak menghalangi mempelajari ilmu-ilmu moden dari Barat, kerana menganggap keseluruhan ilmu-ilmu itu berasal dari orang-orang Islam. Ini bermakna, peningkatan pemikiran orang-orang Melayu terhadap pendidikan agama dan duniawi diselaraskan dalam pendidikan madrasah mula diterima, pada hal, awal sistem pendidikan agama iaitu pendidikan pondok mula mencurigai pendidikan moden diterima pakai dalam pendidikan Melayu. Penubuhan Madrasah Muhammadiah pada tahun 1917 merupakan sokongan kepada pendidikan madrasah di Kelantan. Madrasah Muhammadiah melancarkan progaram pendidikan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1915, dengan pengajaran tiga bahasa iaitu Melayu, Arab dan Inggeris.

           Pembaharuan sebenar dalam pendidikan Madrasah telah berkembang apabila pemikiran Za’ba diketengahkan oleh pemerintahan British. Saranan beliau supaya setiap negeri-negeri di Malaya perlu menubuhkan madrasah dalam pendidikan mereka. Kepentingan ini dilihat, sifat madrasah ini bersifat maju dan moden dari kurikulum dan pentadbiran berbanding dengan sistem pondok. Inilah di antara faktor-faktor yang mendorong Za’ba mengalu-alukan penubuhan Madrasah Muhammadiah di Kelantan. Perkembangan pendidikan Melayu dalam agama diperluaskan melalui madrasah yang memiliki kesempurnaan ilmu-ilmu agama dan dunia ketika itu. Dalam kerangka tersebut, keseimbangan kedua-dua ilmu dapat dipelajari oleh orang-orang Melayu selain pendidikan aliran Inggeris dan kolej-kolej dikelola oleh British.

            Perkembangan pendidikan madrasah di negeri-negeri Melayu merupakan hasil usaha Kaum Muda dalam memperjuangkan konsep bangsa Melayu dalam pendidikan. Kerangka tersebut merupakan pembaharuan dan kemajuan dalam pendidikan Melayu, terutamanya pelajaran orang-orang Melayu dapat dipertingkatkan serta dapat meneruskan ke peringkat yang tinggi, ini dapat memenuhi hasrat perjuangan Za’ba dalam memertabatkan orang-orang Melayu dalam pendidikan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Adnan Hj. Nawang :
.....Perkembangan tersebut menggembirakan Za’ba. Apabila terdapat pembaharuan dan kemajuan dalam pendidikan Melayu, khususnya dari segi cukup pelajaran dalamnya, Za’ba yakin akan terbukalah sedikit peluang untuk membolehkan anak Melayu melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi kemudiannya..

              Pada hakikat itu, orang-orang Melayu sistem pendidikan Islam terjamin serta pendidikan dikembangkan lebih peringkat tinggi sebagaimana perjuangan Za’ba mahu anak-anak muda Melayu maju dalam pendidikan. Penubuhan madrasah ini, bukan hasil keseluruhan usaha Kaum Muda, malahan peranan kerajaan-kerajaan negeri menganggap kepentingan pendidikan Islam harus di ubah mengikut aliran zaman, pembaharuan dari sistem pendidikan lama bercorak pondok ke sistem pendidikan bari bercorak madrasah.

SISTEM PENTADBIRAN DAN KURIKULUM DI MADRASAH
            Sistem yang digunakan di sekolah pondok tidak lagi bersesuaian memandangkan ianya hanya tertumpu kepada aspek akhirat sahaja. Ini menyebabkan sekolah pondok tidak mampu bersaing dengan sekolah vernakular British yang diasaskan oleh mubaligh Kristian iaitu Khoo Kay Kim 1980. Oleh yang demikian, Syed Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin iaitu dua tokoh pemimpin Kaum Muda telah memperkenalkan satu sistem madrasah yang baru di Tanah Melayu. Kaum Muda merupakan satu golongan yang kuat dipengaruhi oleh ajaran Sheikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Kedua-dua tokoh ini telah mendapat pendidikan di Timur Tengah.
            Sistem pentadbiran baru yang diperkenalkan di madarasah ini, menyeru masyarakat melayu Islam supaya kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis tanpa menolak kemajuan sains dan teknologi. Selain itu, sistem pentadbiran ini telah memperkenalkan satu kurikulum yang baru untuk menyesuaikan pendidikan Islam di Tanah Melayu dengan kurikulum pendidikan Islam yang dilaksanakan di Timur Tengah. Ini bertujuan bagi membolehkan pelajar-pelajar dari madrasah Tanah Melayu menyambung pelajaran di universiti-universiti di sana khususnya Universiti Al-Azhar. Menerusi sistem ini, beberapa institusi pengajian islam yang lebih kemas dan sistematik berbanding sistem pondok telah didirikan.
            Madrasah di Tanah Melayu ditadbir secara lebih teratur dan kemas berbanding sekolah pondok. Setiap madrasah di Tanah Melayu mempunyai Lembaga Madrasah, jawatankuasa kewangan, mudir(pengetua), sukatan pelajaran dan kelas. Lembaga madrasah ditubuhkan bertujuan memantau dan menyelia segala keperluan yang diperlukan bagi setiap madrasah yang ada di Tanah Melayu. Contohnya keperluan dari segi kekurangan sumber kewangan, guru-guru agama atau kelengkapan untuk pembelajaran. Setiap madrasah di Tanah Melayu pula, akan di tadbir oleh seorang mudir iaitu pengetua. Mudir akan bertanggungjawab bagi memastikan madrasah yang dipimpin olehnya berjalan lancar.
            Terdapat beberapa pembahagian kelas di bawah sistem pentadbiran madrasah ini. Kelas dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat ibtidai (rendah), peringkat thanawi (menengah) dan peringkat takhassus (pengkhususan). Selain itu, melalui sistem madrasah ini, pembelajaran bahasa Arab berlaku dengan cara yang lebih kemas dan tersusun berbanding di sekolah pondok. Bahasa Arab yang diperkenalkan adalah lebih sistematik dan lebih menyeluruh untuk  dipelajari oleh semua pelajar di madrasah Tanah Melayu. Antara sukatan pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar  di madrasah ialah tatabahasa Arab (nahu), sarf, balaghah, sastera, ta’bir, imla’, khat, terjemahan dan sebagainya.

CONTOH – CONTOH MADRASAH
Antara madrasah yang awal didirikan di Tanah Melayu ialah seperti Madrasah Al-Iqbal. Madrasah ini diasaskan oleh Syed Sheikh al-Hadi di Selegie Road, Singapura pada tahun 1907 dan kemudian beliau juga menubuhkan sebuah madrasah di Melaka iaitu Madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba pada tahun 1917. Beliau turut menubuhkan sebuah madrasah di Pulau Pinang iaitu Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah, pada tahun 1919. Seorang anak didik Al-Masyhor, iaitu Syeikh Abdullah Maghribi telah mendirikan madrasah Idrisiah di Perak. Terdapat lepasan Al-Masyhor yang lain turut menubuhkan Madrasah Al-Diniyyah Kampung Lalang, Perak pada tahun 1934. Kesemua madrasah ini menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar yang utama.

PERKEMBANGAN MADRASAH PADA MASA KINI
Sejarah awal penubuhan madrasah yang dahulunya  merupakan sebuah institusi pendidikan Menengah Agama Rakyat kini sebahagian besarnya telah diambil alih oleh kerajaan.
Dari segi pembelajaran di Madrasah kini, terdapat 2 peringkat pengajian iaitu Peringkat Peralihan (Tahdiri)- 1 Tahun , Peringkat Persediaan (Ikdadi)- 3 Tahun  dan Peringkat Thanawi- 4 Tahun. Matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah - sekolah madrasah adalah beberapa matapelajaran yang khusus seperti Tulisan Jawi, Luqhatul Arabiah, Muthalaah, Muhaadasah, Nahu, Insyak dan Sorof. Manakala  bahagian Akademik pula ialah Bahasa Melayu , Matematik  dan Bahasa Inggeris. Ikdadi pula ialah Muthalaah ,Mahfuzat,Muhadasah, Nahu, Sorof, Insyak, Imlak, Tajwid, Khat, Fiqh, Tauhid, Tafsir, Hadith, Akhlak, Tarikh dan juga matapelajaran ekademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Bahasa Arab Komunikasi, Pendidikan Islam dan Geografi. Thanawi terdiri daripada Muthalaah,  Mahfuzat, Muhadasah, Nahu, Sorof, Insyak, Imlak, Tajwid, Khat, Fiqh, Tauhid, Tafsir, Hadith, Akhlak, Tarikh, Bahasa Melayu  dan Bahasa Inggeris .
Pentadbiran madrasah adalah di bawah Lembaga Pentadbir dan guru-guru. Fungsi utama Lembaga ini adalah untuk menentukan dan melicinkan perjalanan pentadbiran dan pelajaran Madrasah.Ahli-ahli Lembaga Madrasah terdiri daripada intelek Islam dan ulama'-ulama'. Tenaga pengajar madrasah ini terdiri daripada lepasan Universiti Timur Tengah dan tempatan serta lulusan Shahadah, STPM dan lain-lain. Kerajaan pusat dan Majlis Agama Islam merupakan antara penyumbang kepada ekonomi madrasah selain bantuan dan sokongan derma khairat serta wakaf daripada orang ramai. Penggal persekolahan di madrasah bermula setiap awal tahun bermula dari bulan Januari hingga pertengahan bulan November seperti sesi persekolahan biasa. Di tahun 50an, penggal pengajian adalah sebanyak 3 penggal. Penggal pengajian sekarang hanya sebanyak 2 penggal. Ketika di era 50an, madrasah bercuti selama sebulan ketika bulan Ramadhan. Di era baru ini, cuti sebulan di bulan Ramadhan telah dimansuhkan.
Tempat pembelajaran di madrasah juga jauh lebih selesa berbanding dahulu, biasanya madrasah hari ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pejabat pentadbiran, bilik kelas, makmal, perpustakaan, dewan makan dan sesetengah madrasah menyediakan bilik kelas atau bilik guru yang berasingan antara lelaki dan perempuan. Bagi pelajar yang datang dari jauh, biasanya kemudahan asrama akan disediakan.

DISIPLIN DALAM SITUASI PEMBELAJARAN



Definisi disiplin menurut Kamus Dewan, merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP, 2002 : 308). Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.(Abdullah Sani, 2006 : 1). Manakala pembelajaran pula ialah proses yang berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002).  Secara umumnya, “learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning” (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003), dan oleh itu pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu, dan juga penaakulan (reasoning) (Fry et al, 2003). Disiplin dalam proses pembelajaran adalah suatu yang penting untuk mencapai kecemerlangan pelajar.
Konsep disiplin mengikut P.F Olivia (1956) ialah merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman. Di dalam konteks semasa, disiplin diri ialah kawalan tingkahlaku diri sendiri mengikut kehendak nilai – nilai sosial masyarakat dan agama. Disiplin diri juga merupakan kawalan kendiri individu tanpa desakan atau paksaan dari mana – mana pihak. Disiplin yang kuat merupakan faktor yang dapat membantu kejayaan seseorang individu di dalam kehidupan. Sehubungan itu disiplin amat mempunyai perkaitan dalam proses pembelajaran yang mana ianya menjadi salah satu faktor yang membantu seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Disiplin bukan sahaja membantu kejayaan individu tetapi ia juga dapat menentukan masa depan Negara. Kecemerlangan sesebuah Negara juga bergantung kepada sikap dan nilai rakyatnya, kekuatan disiplin akan menjadikan sesebuah Negara mampu berdaya saing dalam dunia global. Disiplin boleh diterapkan secara formal di sekolah atau tidak formal di rumah atau di luar rumah.
Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan yang dikenakan terhadap pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Sehubungan itu, sekolah memainkan peranan penting bagi membentuk disiplin pelajar. Pihak sekolah seharusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan pembentukan disiplin unggul. Justeru itu, struktur dan gaya pentadbiran sekolah keseluruhannya dapat membantu menentukan kekuatan dan kelemahan disiplin. Unit Bimbingan dan kaunseling sekolah khususnya, harus berperanan aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin. Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah. Antara faktor – faktor yang boleh di titikberatkan dalam pembentukan disiplin yang berkesan seperti :
(i)                 Mengadakan keperluan asas atau infrastruktur yang lengkap serta mencukupi.
(ii)               Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang teratur, berkesan dan menarik minat pembelajaran.
(iii)              Menimbulkan keazaman pelajar untuk mencapai cita – cita dan tujuan pembelajaran.
(iv)              Menaman nilai – nilai positif, progresif dan dinamik serta menggalakkan pelajar memupuk kesempurnaan kendiri.
(v)               Menyekat pengaruh dan unsur – unsur negatif yang tidak diingini masuk ke dalam kawasan sekolah.
(vi)              Memastikan kerapian disiplin dan peraturan – peraturan yang jelas dan mudah di fahami dan di patuhi.
(vii)        Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan mengelakkan situasi yang boleh menimbulkan kerungsingan dan konflik.
(viii)      Mewujudkan suasana kemesraan terkawal antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid serta menjamin pemeliharaan harga diri.
Menurut Mok Song Sang, sekiranya masalah disiplin berlaku, terdapat tatacara menyelesaikan masalah seperti berikut:
(i)            Kaji masalah disiplin yang berlaku secara objektif
(ii)          Mewujudkan suasana tenang semasa mencari punca masalah
(iii)         Cuba memahami perasaan murid yang melanggar disiplin tersebut
(iv)         Memberi nasihat supaya murid tersebut sedar akan kesalahannya
(v)          Merujuk kes kepada guru disiplin atau kaunseling untuk tindakan sewajarnya.

Peranan guru amat penting dalam membentuk disiplin dan sahsiah pelajar. Semasa murid berada di sekolah guru bukan sekadar sebagai pengajar semata – mata kepada pelajar bahkan mengambil alih tugas ibu bapa sebagai pendidik, pemimpin, pengasuh dan pembimbing kepada pelajar. Kegagalan membentuk masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran kepada sesebuah masyarakat. Seharusnya setiap guru perlu mengenali setiap anak muridnya secara mendalam dan mengenal pasti tabiat, tingkah laku dan mengenal pasti perubahan – perubahan yang berlaku ke atas sikap, emosi, penampilan dan gerak - geri muridnya. Pengaruh guru terhadap pelajar juga amat kuat kerana pelajar sering mengambil guru sebagai model mereka. Guru boleh menggunakan pengaruh tersebut secara positif dan membina.
Dalam mewujudkan disiplin yang tinggi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, perkara berikut mungkin boleh dilaksanakan seperti:
(i)            Menimbulkan minat pelajar terhadap pembelajaran
(ii)          Mendedahkan pelajar kepada ilmu pengetahuan yang berguna dan praktikal.
(iii)         Menimbulkan kesedaran kepada pelajar serta memupuk nilai – nilai murni
(iv)         Menyediakan pengajaran yang menarik, bermakna, pelbagai dan mengembirakan
(v)          Mewujudkan kemesraan antara guru dan murid
(vi)         Memberi penghargaan dan layanan yang setimpal kepada murid
Peranan ibu bapa juga menjadi faktor utama mewujudkan disiplin yang tinggi terhadap anak – anak. Tempoh para pelajar berada di rumah lebih panjang berbanding di sekolah. Ibu bapa seharusnya mempunyai banyak masa untuk mendekati anak – anak serta mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak – anak di rumah. Menurut pandangan Dr. Loh Sit Fong, Pensyarah Psikologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyatakan, “Masalah disiplin berlaku kerana jati diri yang lemah, pengaruh sikap ibu bapa yang kasar, konflik keluarga dan terbabit dalam penderaan”. Kita sedia maklum tentang kesibukan ibu bapa hari ini menjadi faktor penyumbang yang besar keruntuhan disiplin anak – anak, anak – anak tidak mendapat perhatian dan didikan sewajarnya dari ibu bapa sewaktu mereka berada di rumah. Kadangkala terdapat ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak – anak yang menyebabkan anak – anak merasakan dirinya tidak mendapat kasih sayang sewajarnya dari ibu bapa. Ini menjadi alasan bagi anak – anak untuk bebas melakukan aktiviti sendiri samaada aktiviti tersebut positif atau negatif tanpa pemantauan ibu bapa. Suasana persekitaran di rumah juga menjadi penyumbang kepada peningkatan disiplin anak – anak atau sebaliknya. Rumahtangga yang porak peranda tidak mungkin akan membantu pembentukan disiplin yang sempurna malah emosi anak – anak juga mungkin terganggu. Antara prinsip – prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam meningkatkan disiplin anak – anak adalah seperti berikut:
(i)            Memastikan adanya kemesraan dan kasih sayang yang sewajarnya
(ii)          Mengadakan perbincangan dan dorongan motivasi
(iii)         Mengambil berat hal – ehwal anak – anak
(iv)         Memerhati, mengenalpasti dan membuat teguran terhadap tingkah laku anak – anak
(v)          Mengambil berat kemajuan dan perkembangan pendidikan anak – anak
(vi)         Menjaga dan memahami perasaan anak – anak
(vii)        Memberi didikan agar anak – anak dapat berdikari, bertanggungjawab dan bersemangat tinggi.
(viii)      Memberi dorongan bagi menentukan hala tuju masa depan anak – anak
(ix)         Menggalakkan anak – anak memupuk kesempurnaan diri dan menjaga maruah diri dan keluarga.
Pelajar juga berperanan untuk meningkatkan disiplin kendiri. Kebolehan pelajar mengawal tingkah laku yang positif merupakan faktor penting dalam membentuk kekuatan disiplin serta jati diri. Faktor disiplin sememangnya membantu kecemerlangan pelajar di dalam pembelajaran. Antara prinsip – prinsip yang boleh diamalkan oleh pelajar dalam meningkatkan disiplin adalah seperti:
(i)            Meningkatkan keazaman dan semangat jati diri bagi mendorong kejayaan yang cemerlang.
(ii)          Meningkatkan kesungguhan dan komitmen dalam melakukan aktiviti atau tugasan yang diberikan
(iii)         Mengetahui kepentingan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
(iv)         Mampu mengenalpasti dan mengelak pengaruh – pengaruh negatif yang menjejaskan pembelajaran.
(v)          Memahami tujuan dan hala tuju masa depan
(vi)         Menanam perasaan yang positif terhadap diri sendiri atau harga diri

Dalam meningkatkan kecemerlangan pembelajaran, ibu bapa dan guru perlu menjalankan kerjasama yang erat untuk membentuk disiplin yang unggul. Ada sesetengah ibu bapa yang kadangkala bertindak mengikut emosi apabila pihak sekolah mengambil tindakan tatatertib terhadap anak mereka  dalam menanggani masalah disiplin. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana tabiat terlalu memanjakan anak boleh merosakkan serta merugikan anak tersebut, seterusnya boleh menggalakkan lagi maslah disiplin di kalangan pelajar. Disiplin yang tinggi merupakan kunci utama kejayaan proses pembelajaran. Bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai, guru perlu merancang dan melaksanakan strategi tertentu yang berkesan begitu juga dengan ibu bapa perlu memastikan dan memikirkan cara untuk meningkatkan disiplin anak – anak mereka. Ibu bapa dan guru perlulah bersemangat dan memberi komitmen penuh terhadap pembangunan sahsiah pelajar. Ibu bapa dan guru perlulah komited dengan komitmen kerajaan dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan Negara. Para pelajar juga seharusnya perlu meningkatkan jati diri, bersemangat dan berjiwa besar bagi mencapai tujuan pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja masa depan mereka bahkan juga merupakan masa depan Negara.
























Monday 2 May 2011

Bintang menurut Al - Quran


“Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani”.
“Twinkle.. twinkle.. little stars, how I wonder what you are, up above the world so high, like a diamond in the sky…. ” Semenjak dari kecil kita mungkin biasa didendangkan dengan lagu ini, ramai di antara kita yang tahu menyanyikannya sejak berumur 4 atau 5 tahun lagi biarpun kita tidak tahu siapa pencipta lirik lagu tersebut. Lagu ini mungkin menjadi pengenalan bagi kanak – kanak untuk mula mengenali bintang dan alam semesta. Bintang sering kali juga digunakan untuk memberi kiasan kepada sesuatu dan ianya sering diguna pakai di dalam penulisan bait – bait lagu atau puisi untuk menggambarkan sesuatu yang indah atau cantik. Misalnya, lirik lagu ini, “Dirimu persis bintang terbit dari langit, bukanlah mimpi – mimpiku, di sini telah datang sayang paling dalam, bawa ku pulang berteman pelangi”, lagu nyanyian Amy Search (Kejoraku bersatu). Bintang bukan sahaja di gunakan di dalam penulisan lirik – lirik lagu tetapi juga sering kali di gunakan di dalam penulisan kata – kata perangsang untuk memberi motivasi dan dorongan instrinsit kepada seseorang bagi mencapai kejayaan. Allah berfirman dalam Surah Al – Hijr ayat 16, yang bermaksud, “Dan sesungguhnya, kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya”.

Kejadian bintang di alam semesta merupakan satu proses yang melangkau batas pemikiran manusia biasa. Hal ini jelas membuktikan keagungan Pencipta yang Maha luar biasa. Mengenai permulaan penciptaan alam, Allah berfirman di dalam Surah Fusshilat ayat 11, yang bermaksud, “Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap, dan dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, ‘Datanglah kamu berdua menurut perintahKu dengan patuh atau terpaksa. Keduanya menjawab, ‘Kami datang dengan patuh”. Maka selepas itu proses pembentukan alam pun berlaku. Manakala para saintis berpendapat berhubung permulaan alam semesta dan bintang – bintang, mereka berpegang kepada teori yang dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut teori ini alam semesta bermula dengan satu letupan kuat dan selepas itu dalam jangkamasa yang tertentu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahirlah bintang, planet, galaksi dan yang seumpama dengannya. Walaupun segelintir golongan menyangkal dakwaan tersebut, namun jika dikaji secara mendalam, hampir terdapat persamaan di antara ayat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan teori kewujudan alam tersebut. Barangkali mungkin letupan besar yang dimaksudkan itu tidak sama dengan letupan yang sepertimana kita bayangkan di dunia ini. Mengambil penulisan Dr. Danial Zainal Abidin di dalam bukunya yang bertajuk Quran Saintifik ada menyebut kenyataan yang di keluarkan oleh Dr. Afred Kroner, dekan di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany. Berhubung dengan ayat tersebut beliau berkata, “Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini di sebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru – baru ini, itu pun dengan menggunakan alat – alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui tentang ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, saya rasa, tidak akan mampu mengetahui mengenainya.” (A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications, edisi kedua, Mei 1990). Kenyataan tersebut mungkin bersandarkan kepada masyarakat arab yang pada ketika itu masih lagi di sebut Jahilliyah. Allah berfirman di dalam Surah Al- Araaf ayat 54, yang bermaksud, “Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang – bintang (masing – masing) tunduk kepada perintahnya”. Walaupun ada sesetengah pihak membuat tomahan bahawa Al – Quran itu di reka – reka oleh orang arab atau Muhammad S.A.W namun perkara tersebut telah di nafikan oleh Allah di dalam Surah Yunus ayat 38 yang bermaksud, Katakanlah(Allah): (Kalau benar apa yang kamu katakan), maka cubalah datangkan sebuah surat(surah) yang menyerupainya". Orang-orang Arab telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berjaya untuk menghasilkan ayat yang sama seperti bahasa Al - Quran. Nabi Muhammad juga merupakan orang Arab, bagaimanapun cerdiknya baginda, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya, manakan ia mampu menghasilkan 114 surah sepertimana yang terdapat di dalam Al – Quran.
Matahari adalah bintang yang paling hampir dengan bumi. Matahari juga merupakan nadi utama di dalam sistem suria. Matahari mengandungi 74 peratus hidrogen dan 25 hilium. Proses nuklear yang berlaku di dalam matahari menghasilkan cahaya dan haba. Dianggarkan jarak matahari dari bumi kira – kira 93,026,724 batu bersamaan 149,680,000 kilometer. Semua hidupan di bumi amat bergantung hidup terhadap matahari. Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 5, yang bermaksud, “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat – tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda – tanda (kebesaranNya) bagi orang – orang yang bertakwa”.
                  Terdapat berbilion atau mungkin lebih bintang – bintang di alam semesta. Sesetengah bintang mempunyai saiz yang berlipat kali ganda daripada saiz matahari.  Sejak zaman dahulu kala manusia telah lama bergantung kepada bintang di dalam urusan seharian. Bintang kadangkala mempengaruhi tingkah laku seseorang individu atau sosio budaya masyarakat tertentu, sebagai contoh dikatakan Maharaja China sewaktu dinasti Shang menggunakan tilikan bintang untuk memastikan kemenangan sebelum pergi berperang dan setiap anak yang lahir juga masa depannya ditilik berdasarkan bintang. Kadangkala sesetengah masyarakat mengadakan upacara atau sambutan kerana menganggap apabila muncul bintang tertentu ianya akan membawa musibah atau memberi petanda baik bagi melakukan sesuatu tujuan. Islam melarang umatnya mempercayai perkara yang khurafat dan tahyul yang tidak bersandarkan kepada Al – Quran dan As – Sunnah. Allah berfirman di dalam Surah Al – Baqarah ayat 22 yang bermaksud, “Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah – buahan sebagi rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengadakan tandingan – tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui”. Maka melalui Al – Quran dan sains kita mengetahui peredaran bumi mengelilingi matahari di orbit menyebabkan terjadinya musim yang kadang kala biasa dan kadang kala luar biasa. Kalendar hari ini juga berasaskan kepada 12 zodiak, zodiak – zodiak ini di ambil berdasarkan kedudukan bintang yang dilihat sewaktu bumi mengelilingi matahari. Bintang juga boleh di gunakan bagi menentukan musim tertentu. Ini adalah disebabkan bintang – bintang tertentu hanya dapat dilihat pada waktu - waktu tertentu. Bintang juga pada zaman dahulu turut digunakan sebagai penunjuk arah bagi pedagang atau pengembara terutama yang belayar di lautan. Hal ini sebagaimana firman Allah didalam Surah An – Nahl ayat 16 yang bermaksud “Dan dia ciptakan tanda – tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk”.
            Allah berfirman lagi di dalam Surah Ash – Shaffat ayat 6 hingga 8 yang bermaksud, “Sesungguhnya kami telah menghias langit dunia(yang terdekat), dengan hiasan bintang – bintang. Dan (Kami) telah menjaganya dari setiap syaitan yang derhaka. Mereka (syaitan) tidak dapat mendengar (perbicaraan) para malaikat, dan mereka di lempari dari segala penjuru”. Manakala Surah Al – Mulk ayat 5 juga membawa maksud yang hampir sama dengan ayat tersebut. Umat Islam meyakini meteor sebagai alat rejaman bagi syaitan yang cuba mencari peluang untuk mengetahui rahsia Allah di ‘Arasy’. Menurut Wikipedia, the free encyclopedia, “A meteorite is a natural object originating in outer space that survives impact with the Earth's surface. Meteorites can be big or small. Most meteorites derive from small astronomical objects   called meteoroids, but they are also sometimes produced by impacts of asteroids. When it enters the atmosphere, impact pressure causes the body to heat up and emit light, thus forming a fireball, also known as a meteor  or shooting/falling star. Sesungguhnya Maha mengetahui Allah atas tiap sesuatu penciptaanNya dan ianya tidak dilakukan sia – sia.  
          Kewafatan Rasulullah S.A.W pada umur 63 tahun kira – kira 1400 tahun dahulu bermakna sempurnalah wahyu Allah terhadap makhluknya. Melalui pengkajian bintang yang telah dilakukan oleh ahli – ahli astronomi sejak dahulu sehingga ke hari ini, ianya kian membongkar kebenaran yang terkandung di dalam Al – Quran. Penggunaan alatan canggih pada hari ini bukan sahaja memudahkan para astronomi untuk mengkaji dan menyelidik bintang dengan lebih mendalam dan saintifik malah sebagai umat islam ianya membantu membuktikan kandungan Al – Quran sebagai bukti wahyu yang di turunkan oleh Allah pencipta yang Agung. Di dalam Surah Al – Jatsiah ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud, “ Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan (pemilik) langit dan bumi, Tuhan seluruh Alam”, dan firman Allah lagi dalam Surah Yasin ayat 82, bermaksud, “Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki  sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, “jadilah!” maka jadilah sesuatu itu”.
          Sekali lagi mengambil penulisan Dr. Danial Zainal Abidin yang memetik kenyataan yang di keluarkan oleh Dr. Afred Kroner, beliau berkata, “Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkan dengan sains, kita akan mengatakan kenyataan(Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan menggunakan pendekatan sainstifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan kebenarannya”. (A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications, edisi kedua, Mei 1990).                                                                               

Sunday 1 May 2011

asid kuat


Larutan asid mempunyai nilai pH kurang daripada 7. Semakin kecil nilai pH, semakin kuat sesuatu asid tersebut. Asid kuat  merupakan bahan kimia bercerai sepenuhnya dalam air untuk menghasilkan ion hydrogen (H+). Ini bermaksud Asid kuat mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi, jadi nilai pH asid kuat adalah rendah. Nilai pH boleh di ukur dengan menggunakan meter pH.
Contoh-contoh asid kuat yang biasanya boleh didapati dalam makmal adalah asid sulfurik (H2SO4), asid nitrik (HNO3), dan asid hidroklorik (HCl).

  1. Asid sulfurik atau nama lamanya minyak vitriol, ialah asid mineral yang kuat. Formula kimia bagi asid sulfurik ialah H2SO4. Asid sulfurik larut dalam air pada semua kepekatan.  Asid sulfurik mempunyai banyak kegunaan, termasuk dalam kebanyakan reaksi kimia dan proses pembuatan. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan kimia pengilangan. Kegunaan utama termasuk penghasilan baja, memproses bijih, sistesis kimia, pemprosesan air kumbahan dan penapisan minyak. Disebabkan asid sulfurik bersifat penghidrat, asid sulfurik merupakan agen pengeringan yang baik, dan digunakan bagi menyediakan kebanyakan buah-buahan kering.

2. Asid nitric juga merupakan asid kuat. Formula kimia  bagi asid nitric ialah HNO3, asid nitric juga disebut aqua fortis atau spirit nitre, merupakan larutan akueous hidrogen nitrat (asid nitrik kontang). Asid ini sangat mengkakis dan bertoksik dan boleh mengakibatkan luka terbakar teruk. Asid nitrik yang tulen tidak berwarna, namun sampel lama sering menjadi kuning kerana pembentukan nitrogen oksida. Jika larutan mengandungi lebih daripada 86% asid nitrik, ia dipanggil asid nitrik berwasap.


3. Asid hidroklorik atau nama lamanya ialah asid muriatic, merupakan sebatian kimia larutan akueous gas hidrogen klorida, formula kimianya ialah  HCl. Asid hidroklorik merupakan asid kuat (sangat mengkakis) kerana mengalami penceraian sepenuhnya dalam air. Asid hidroklorik merupakan komponen utama asid gaster dan ia digunakan secara meluas dalam industri. Asid hidroklorik menjadi bahan kimia industri untuk pelbagai proses, termasuk penghasilan sebatian organik secara besar-besaran seperti vinil klorida untuk plastic PVC, MDI/TDI untuk poliuretena, dan proses lebih kecil, seperti pemprosesan gelatin dan bahan makanan, serta pemprosesan kulit (binatang). Asid hidroklorik juga boleh digunakan untuk menghasilkan garam klorida, seperti natrium klorida (NaCl).




My Driving Journey (First Chapter)


My Drive Journey


This is my first car Wira sedan 1.3 manual (buy in 2004) and the third car Exora Campro cps 1.6 also manual (buy in 2010)...In the picture that the first day i took the third car from the dealer.



Where is number two?...
Taaa....daaaa....

My second wife....also Wira sedan but with upgrade more horsepower... just only a little bit improve 1.5 manual (buy in 2005 before marriage, actually i want to buy a Honda but my loan didn't approve so...tu jer yang boleh..okey jer lah)



Ada brand bro...Kalau berani jom....hahahahah. After a years later.... The first wife have change the engine to more powerful horsepower. 200kmh senyum jer....

Wait.. not finish yet...

In 2013...i buy my fourth car...
Jeng...jenggg..jenggggg.......


But...i'am not used it... it give to my father for running a bussines. Nevermind, I have another one..




Yeah! This is number six...the latest one.. Pajero Sport 4wd auto Di-D Turbo (buy in 2017), After tired always using manual transmission car before...i choose this one for my ride.



Number four and number six first meet .... don't fighting..both of u came from same country and maybe in the same factory. The others two in the back, is not mine... if you like..u can take it... Haahaaahaaa

Wait!

Where is number Five....did I'am not mention it...





This is number five.... buy in 2015, small car but don't judges by it looking...powerd by L2s Turbo engine...its power is beyond expectation.. boleh lah buat nak ngences..ngences...pusing taman. Hahahahaaaa..


hurmmmm...lepas nie nak pakai kereta apa pulak ye...belum ada angan2 lagi... Semua yang diatas pun masih ada lagi...Satu pun aku tak jual...Sayang..sbb masing2 ada kenangan...Lagi pun kalau jual berapa sen benor lakunya...Baik simpan ajer..,hati pun tak sakit. Barangkali aku seorang yang setia..chia..chia...chia...
Sekian dulu kisah aku dan kenderaan ku.
Syukur padaMu Ya Allah atas limpah rezeki dan Rahmatmu.