Powered By Blogger

Thursday 16 August 2018

Model ADDIE (FundofInst.)








Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja seperti berikut:

1. Analisis
Merupakan proses penentuan serta mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, perlu pula mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut berlaku. Dalam fasa analisis ini, ianya melibatkan pelbagai aspek iaitu seperti aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran. 
Analisis ini perlu dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan dan kehendak yang sebenarnya.

2. Fasa Rekabentuk
Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

3. Fasa Pembangunan
Membangunkan sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

4. Fasa Pelaksanaan
Bahan yang telah disediakan akan diguna pakai dalam situasi yang sebenar. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah dijuji keberkesanannya.

5. Fasa Penilaian
Fasa ini juga menguji adakah objektif tercapai ataupun tidak. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai ialah penilaian secara formatif dan penilaian sumatif.



No comments:

Post a Comment