Powered By Blogger

Saturday 18 August 2018


STATISTIK

Statistik deskriptif
Digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti demografi responden dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal. Ia tidak boleh dibuat generalisasi daripada sampel kajian kepada populasi.
Contoh ujian statistik ialah frekuensi, min, median, peratus dsb
Statistik inferensi
Digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara variabel. Ia juga digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi. Daripada dapatan, ia dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai populasinya.
Contoh ujian statistik yang digunakan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan diantara 2 variabel, ujian korelasi untuk melihat perhubungan dsb.

1. Variabel Tergantung
Variabel tergantung adalah variabel penelitian yang diukur untuk mengetahui besarnya efek atau pengaruh variabel lain. Besarnya efek tersebut diamati dari ada-tidaknya, timbul-hilangnya, membesar-mengecilnya, atau berubahnya variasi yang tampak sebagai akibat perubahan pada variabel lain termaksud.
2. Variabel Bebas
Variabel Bebas adalah suatu variabel yang variasinya mempengaruhi variabel lain. Dapat pula dikatakan bahwa variabel bebas adalah variabel yang pengaruhnya terhadap variabel lain ingin diketahui. Variabel ini dipilih dan sengaja dimanipulasi oleh peneliti agar efeknya terhadap variabel lain tersebut dapat diamati dan diukur.
3. Variabel Kendali
Apa yang dapat dilakukan  oleh peneliti dalam hal ini adalah menjadikan variabel-variabel bebas yang hendak dikendalikan pengaruhnya itu sebagai variabel kendali (control variabel). Variabel kendali adalah variabel bebas yang efeknya terhadap variabel tergantung dikendalikan oleh peneliti dengan cara menjadikan pengaruhnya netral. Dengan kata lain, variabel bebas yang semula dibiarkan bervariasi kini dibatasi sehingga variasinya minimal atau hilang sama sekali.
4. Variabel Moderator
Variabel moderator adalah variabel bebas bukan utama yang juga diamati oleh peneliti untuk menentukan sejauh manakah efeknya ikut mempengaruhi hubungan antara variabel bebas utama dan variabel tergantung. Variabel moderator dibiarkan bervariasi agar pengaruhnya terhadap variabel tergantung dapat diamati dan diperhitungkan sehingga dapat diperoleh kesimpulan yang lebih cermat mengenai hubungan variabel bebas dan variabel tergantung.
5. Variabel Antara
Variabel antara adalah suatu faktor yang secara teoritik berpengaruh terhadap fenomena yang diamati akan tetapi variabel itu sendiri tidak dapat dilihat, diukur, maupun dimanipulasikan sehingga efeknya terhadap fenomena yang bersangkutan harus disimpulkan dari efek variabel bebas dan variabel moderator.
 ___________________________________________________________________
Jenis HIPOTESIS (Nul & Alternatif)
Pernyataan sesuatu hipotesis bersifat sama ada negatif atau positif.

i. HIPOTESIS NUL / STATISTIK
- Hipotesis yang mempunyai pernyataan negatif. 
- Hipotesis statistik yang menyatakan bahawa tidak terdapat kaitan antara pembolehubah yang diselidik, sehingga diuji secara statistik.

- Penyelidik perlu bersikap terbuka dan adil dalam menentukan keputusan sesuatu penyelidikan, iaitu dengan menyatakan tidak ada kaitan, perubahan, pengaruh, kesan dan sebagainya terhadap perkara yang diselidik.   
 Contoh : 
1. Jantina tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.
2. Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

** Bagi hipotesis no. 1, apabila dikatakan bahawa tiada kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, dijangkakan bahawa pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah tidak berbeza, seperti yang dinyatakan dalam hipotesis no. 2 juga.

Jika keputusan ujian statistik menunjukkan :
#tidak berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menerima hipotesis nul sekiranya perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak berbeza secara signifikan. 
#berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menolak hipotesis nul sekiranya terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian  pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

 ii. HIPOTESIS ALTERNATIF / PENYELIDIKAN
- Hipotesis yang mempunyai pernyataan positif.
- Hipotesis penyelidikan yang menyatakan bahawa terdapat kaitanantara pembolehubah yang diselidik.
- Hanya pembolehubah tertentu yang dianggap mempunyai kaitan akan diselidik dalam sesuatu penyelidikan. Penyelidikan tidak akan dilakukan ke atas pemboleh ubah yang tiada kaitan seperti pencapaian pelajar dan jenis darah.
 Contoh : 
1. Jantina mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.
2. Terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

** Kedua-dua hipotesis menyatakan bahawa terdapat kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, bermaksud akan wujud perbezaanpencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan, maka penyelidikan dilaksanakan bagi memastikan wujudnya kaitan.

Jika keputusan ujian statistik menunjukkan :
#berbeza secara signifikan 
Penyelidik akan  menerima hipotesis alternatif sekiranya terbukti wujud perbezaan yang signifikan antara pencapaian  pelajar lelaki dan pelajar  perempuan.
#tidak berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menolak hipotesis alternatif sekiranya perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak berbeza secara signifikan.
 _____________________________________________________________________

Jika ujian statistik (ujian parametrik) T-Test dan ANOVA menggunakan data skala ratio  bagi mengenal pasti perbezaan, ujian chi-square pula boleh digunakan untuk mengenal pasti perbezaan bagi data yang berskala nominal. Ujian chi-square ini termasuk di dalam ujian bukan parametrik.
Jadi, sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membolehkan kita menggunakan ujian bukan parametrik ketika menjalankan sesuatu penyelidikan;
a) apabila data kita tidak mematuhi syarat taburan normal (normal distribution)
b) apabila data kajian menggunakan skala pengukuran nominal dan ordinal
Ujian Chi-Square sering digunakan untuk kebebasan (Chi-Square test for independent / test of homogeneity). Ujian ini bagi digunakan bagi mengenal pasti perbandingan dua variabel yang berskala nominal. Sebagai contohnya ingin membandingkan variabel jantina iaitu kategori lelaki dan perempuan dengan tahap kemahiran berkomunikasi sama ada tahap tinggi, tahap sederhana, tahap rendah.
Kita boleh menghasilkan objektif kajian iaitu untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap kemahiran berkomunikasi berdasarkan jantina pelajar dan menggunakan analisis ujian chi-square bagi mendapatkan nilai sama ada signifikan atau tidak di antara jantina tersebut.
Ujian chi-square turut digunakan bagi menentukan kebagusan (chi-square test for goodness-of-fit). Sebagai contohnya seorang penyelidik ingin menjalankan kajian mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah. Objektif kajian – untuk menentukan perbezaan tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang mempunyai tahap komunikasi yang tinggi, sederhana dan juga rendah. Oleh itu chi-square test for goodness-of-fit boleh digunakan untuk menentukan tahap kemahiran komunikasi mana yang signifikan dan menyumbang paling besar dalam kalangan pelajar tersebut (baca nilai residual dan Obseverd N)

___________________________________________________________________

Sisihan Piawai(standard deviasion) menggambarkan sebaran nilai2 dalam sample. semakin kecil nilai sisihan piawai, nilai2 pada sample data cenderung dekat dengan nilai puratanya. dan sebaliknya, semakin besar sisihan piawai, nilai sample semakin bervariasi. semakin menyebar/meningkat menjauhi nilai puratanya.
Standard error, ini mencerminkan ketepatan sample yang kita pilih terhadap populasinya. semakin kecil nilai standard eror, semakin menunjukkan bahawa sample yang diambil kita semakin bagus, atau cukup mewakili populasi yang sedang dikaji. dan sebaliknya. makanya nilai standard error akan mengecil saat jumlah sample kita diperbanyak.
Contohnya, jika di dalam kelas ada 30 pelajar ( = populasi), dan kita akan mengambil 15 orang sebagai sample( = sample), ketepatannya/ perwakilannya akan berbeza dibandingkan jika kita mengambil sample lebih banyak (misal 20 orang = sample). pasti yg 20 orang sample lebih mengambarkan populasi.
____________________________________________________________________________
Secara umum, Ujian-t (t-test) digunakan bagi mengetahui samada min bagi dua kumpulan berbeza secara signifikan. Anda boleh tahu perbezaan min antara dua kumpulan. Jika anda anda tiga atau lebih kumpulan - tidak mungkin lagi anda tahu perbezaan min kerana perbezaan hanya untuk dua kumpulan. Jika min kumpulan A = 30 dan min kumpulan B = 35, maka perbezaan min adalah 5 poin.  Tetapi jika anda ada 3 kumpulan, C = 40, berapakan perbezaan min? Ketika ini, anda memerlukan konsep variance untuk menentukan perbezaan antara 3 atau lebih kumpulan. Konsep perbezaan hanya untuk bandingkan 2 kumpulan sahaja. Jika anda menggunakan ujian-t untuk mengira pebezaan dua min, pengiraan anda melibatkan standard error (mempunyai kiraan asas yang sama dengan standard deviation, sd yang juga adalah error) .Jika anda ada 3 kumpulan, katakan A,B dab C, bermakna anda perlu melakukan 3 pengiraan dengan membandingkan min A,B dan B,C dan A,C. Tiga pengiraan ini melibatkan error yang besar kerana anda mengira 3 kali standard error.  Jalan penyelesaiannya adalah dengan mengira variance ANTARA kumpulan A,B dan C dinisbahkan dengan jumlah variance DALAM kumpulan A,B dan C. Jika jumlah variance ANTARA kumpulan melebihi jumlah variance DALAM kumpulan, bermakna terdapat perbezaan pada skor mana-mana kumpulan. Pengiraan variance ini dilakukan sekali sahaja dengan melibatkan pengiraan variance skor KESEMUA kumpulan tanpa melibatkan standard error maka anda dapat mengelak dari mengira 3 t-test dengan melibatkan 3 kali standard error. Oleh sebab itulah, analisis statistik perbezaan skor lebih dari 2 kumpulan, anda menggunakn ANOVA dan bukannya t-test.

JADUAL MENUNJUKKAN PERBEZAAN ANTARA:







Friday 17 August 2018

Modul Pembelajaran Kendiri (FundofInst.)


Modul Pembelajaran Kendiri
Modul kendiri digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Modul didefinisikan sebagai satu unit pengajaran dan pembelajaran kendiri yang lengkap dan terancang bagi menyampaikan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran.  
Ciri-ciri asas modul pembelajaran kendiri.
Modul yang ditulis dengan jelas dan dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Ini boleh dicapai kerana modul mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang wujud melalui aplikasi teori-teori pembelajaran. Di antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut;
Kandungan lengkap
Setiap unit modul seharusnya mengandungi semua bahan yang diperlukan untuk mencapai objektif modul tersebut. Ia merupakan satu pakej yang lengkap dengan bahan-bahan pembelajaran arahan kendiri.
Arahan kendiri.
Penggunaan modul memberi peluang kepada pelajar menguruskan pembelajaran mengikut kemampuan masing-masing. Mereka juga boleh mengulangi mana-mana bahagian dengan segera apabila didapati perlu. Susunan modul boleh dipelbagaikan supaya dapat menampung pembelajaran pelajar yang mempunyai minat dan keperluan yang berbeza.
Perbezaan di antara individu.
Pelajar mempunyai tahap kebolehan yang berbeza di dalam proses pembelajaran. Tidak mungkin seorang guru dapat memenuhi keperluan setiap pelajar. Modul membolehkan pelajar menentukan tahap kemajuan pembelajaran masing-masing.
Pernyataan objektif yang jelas.
Pelajar belajar dengan lebih berkesan jika mereka jelas tentang hala tuju pembelajaran berkenaan. Objektif yang jelas amat penting kepada penulis modul, kepada guru yang menggunakan modul dan kepada pelajar yang belajar menggunakan midul tersebut.
Perkaitan, urutan dan struktur pengetahuan yang optima.
Modul menggabungkan pengalaman praktikal, bahan teorikal, maklumat dari pelbagai media dan bahan subjek utama yang dikaitkan dengan konsep bahan berkenaan.
Penggunaan media dan kaedah yang pelbagai.
Tindakbalas pelajar terhadap pelbagai media pembelajaran adalah berbeza. Terdapat pelajar yang lebihberminat kepada kaedah pembelajaran visual, audio atau pembacaan. Melalui modul, kesemua kaedah ini dapat digabungkan. Kaedah pembelajaran bermodular tidak membosankan dan ia dapat mengekalkan minat pelajar dan memberi motivasi kepada mereka.
Maklum balas disediakan mengikut kemajuan.
Salah satu daripada ciri-ciri modular ialah ia menyediakan maklum balas yang berterusan mengenai kemajuan pelajar, terutamanya dalam pencapaian objektif modul. Ini dilakukan dengan membina soalan-soalan dalam bentuk teks, senarai semak dan kuiz pada sela tertentu, dan ikuti dengan jawapan-jawapannya. Dengan cara ini pelajar dapat menyemak tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran masing-masing.
Pengukuhan segera.
Pengukuhan di dalam konteks modul bermaksud ganjaran terhadap pembelajaran. Modul menggunakan maklum balas yang tepat untuk membentuk tingkah laku pelajar. Kelewatan dalam menyediakan maklum balas untuk pelajar akan menurunkan tahap pembelajaran pelajar tersebut.
Penyertaan aktif pelajar.
Modul direka bentuk untuk menggalakkan penyertaan aktif di kalangan pelajar. Oleh kerana pelajar mengawal pembelajaran masing-masing, maka mereka sendiri yang menentukan sama ada hendak meneruskan pembelajaran atau mengulangi bahagian pembelajaran tertentu, masa untuk belajar dan bila hendak menjawan soalan.
Strategi penilaian dan penguasaan
Modul mempunyai sistem penilaian untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap objektif modul. Seseorang pelajar dikehendaki menguasai sesuatu modul sebelum ia meneruskan pembelajar kepada modul yang seterusnya.

Penggunaan ICT dalam Pembelajaran dan Pengajaran


Maksud “Penggunaan ICT”
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran.
Cara menggunakan ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT).
Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai:
i. ICT Sebagai Alat Tutorial·
ii.ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)·
iii. ICT Sebagai Alat Aplikasi · ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.
Manfaat ICT Dalam Pembelajaran
1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan
3. Meningkatkan motivasi pelajar.
4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
5. Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
6. Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul.
7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
8. Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
9. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
10. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima.
11. Meningkatkan kemahiran ICT.
Kelebihan Menggunakan ICT
1. Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
2. Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
3. Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
4. Sebagai Alat Pemudah Komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
i.Text
ii. Grafik
iii. Audio.
iv. Video
kombinasi dua atau lebih mod di atas

Kaedah Pembelajaran Jarak Jauh (FundofInst.)


Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)
            Pembelajaran secara jarak jauh lazimnya mengizinkan para pelajar mengambil bidang yang disukai pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Perkara ini membolehkan mereka menyesuaikan pendidikan dan latihan yang diterima dengan tanggungjawab atau komitmen yang sedia ada seperti keluarga, kerjaya, masyarakat, malah hobi. Ini memberi kesempatan kepada pelajar untuk menyusun kehidupan bersesuaian dengan cara hidup, keterbatasan waktu, jarak dan dana yang diperlukan.
            Pembelajaran melalui kaedah ini ternyata sangat berkesan dan efektif, terutama kepada pelajar yang dewasa dan mempunyai motivasi yang kuat untuk mengejar kejayaan di dalam kerjaya atau kepuasan diri untuk melanjutkan pengajian. Mereka mempunyai sifat kendiri yang tinggi dan mampu memikul banyak  tanggungjawab dalam satu masa  sebagai pekerja, ahli keluarga dan sebagai mahasiswa. Sistem pendidikan ini amat sesuai dengan kemampuan pelajar. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sambil meneruskan karier tanpa menjejaskan komitmennya yang lain.
Melalui pendidikan secara jarak jauh ini, para pelajar perlu berdikari atau belajar kendiri dalam menelaah atau mengulangkaji pelajaran. Perhubungan yang minima di antara pensyarah dan pelajar dan pelajar dengan pelajar yang lain memaksa pelajar untuk mencari bahan dalam membuat ulangkaji sendiri. Perhubungan secara maya mendekatkan jurang perbezaan ini tetapi masih tidak dapat menandingi perhubungan secara tradisional.
Dalam sistem pembelajaran jarak jauh, perhubungan ini dijalinkan melalui bentuk cetakan, perhubungan elektronik, telefon, telesidang, audio, video penyiaran dan lain-lain cara lagi. Terdapat banyak kaedah perantaraan yang digunakan oleh institusi yang menawarkan program pengajian jarak jauh, antaranya adalah :
KAEDAH PENGANTARA
CONTOH
Media Cetak
-Makalah
-Poster
-Akhbar
-Buku
Audio/Media Visual
-Telefon dan fax
-Radio, Penyiaran Microwave
-Kaset audio
Komputer/Internet
-E-mel
-Akses kepada World Wide Web
-Perisian program/CD ROM
Media Penghantaran Satelit
-Radio atau televisyen digital
-Video atau Teleconferencing

KELEBIHAN
1.      Para pelajar boleh mengawal dan mengawasi waktu belajar sendiri tanpa perlu melalui jadual yang ketat berbanding pelajar yang belajar sepenuh masa mereka melalui waktu pembelajaran yang lebih panjang.
2.      Menjimatkan masa dan tenaga dalam menempuhi alam pengajian kerana pembelajaran yang mengambil masa selama empat tahun melalui kaedah konvensional juga boleh diambil oleh pelajar jarak jauh dengan masa yang sama.
3.      Pembelajaran secara jarak jauh juga membolehkan para pelajar belajar dengan cara dan kaedah tersendiri tanpa perlu mengikut rentak sedia ada. Setiap orang mempunya corak dan rentak yang berbeza dan kaedah ini bersesuaian dengan keselesaan dan keupayaan masing-masing.
4.      Penghantaran kertas kerja atau tugasan juga amat mudah dan menyelesakan. Hanya dengan satu petikan butang, tugasan yang diterima sudahpun dihantar.
5.      Akses kepada perpustakaan atau maklumat pada setiap masa dan ketika. Ia tidak tertakhluk kepada masa tertentu dan pastinya dengan keselesaan di rumah sendiri. Ini membolehkan seseorang melaksanakan beberapa tugasan dalam satu masa.
KEKURANGAN
1.      Kurangnya perhubungan antara fakulti, pensyarah dan pelajar lain. Menelaah sejumlah buku atau jurnal yang banyak dengan ketiadaan mentor untuk mengawasi adalah agak sukar bagi sesetengan pelajar. Kurang perhubungan dengan pensyarah boleh membawa kepada kurang penerimaan atau pemahaman bagi sesetengah tajuk.
2.      Masalah disiplin yang dihadapi bagi meneruskan pengajian dan menelaah pelajaran. Tanpa pengawasan yang rapi dan peringatan dari pensyarah, bagi sesetengah pelajar akan ketinggalan dalam meneruskan pengajian. Masalah akan menjadi semakin rumait andai berlaku pertembungan antara kehendak kerjaya atau keluarga dan pembelajaran yang memerlukan komitmen dalam masa yang serentak
3.      Kebergantungan kepada teknologi membataskan hubungan sesama mereka. Jawapan yang diperlukan pada masa yang cepat seperti pertanyaan kepada pensyarah tidak dapat diperolehi. Begitu juga dengan huraian mengenai sesuatu masalah juga tidak dapat diperolehi dengan kadar segera.
4.      Akses kepada internet juga amat diperlukan bagi pelajar yang memilih pengajian melalui kaedah ini. Tanpa sambungan kepada internet, adalah hampir mustahil pelajar dapat meneruskan pengajian dan seterusnya berjaya hingga ke akhir. Bagi mereka yang tinggal di bandar mungkin hampir tidak mengalami masalah perhubungan internet berbanding dengan mereka yang tinggal di pedalaman dan mempunyai akses kepada internet yang terhad.

Dalam menempuh alam pengajian jarak jauh ini, pelajar haruslah mempunyai kemahiran tertentu bagi membolehkan mereka meneruskan kesinambungan pengajian masing-masing Antara kemahiran-kemahiran yang boleh diaplikasikan adalah :
1.      Kemahiran Mengurus Masa
- pelajar perlu komited dan pandai menguruskan masa dengan bijak.Aktiviti membuang masa dan tidak berfaedah haruslah dikurangkan dan sebaiknya dibuang untuk sementara.
- Komitmen pelajar amatlah dituntut bagi mengejar masa depan kerjaya yang lebih cemerlang.
- Mempunyai keupayaan untuk memberi tumpuan.
- Pelajar boleh memfaatkan waktu senggang antara waktu kerja, sebagai masa untuk belajar sama ada membaca nota kecil atau peta minda yang telah disediakan.
2.      Kemahiran Mengadaptasi Media
- Pelajar perlu berkemahiran menggunakan media terutama elektronik bagi tujuan arkib, perhubungan dan komunikasi di antara universiti, fakulti, pensyarah dan pelajar. Pelajar mesti sentiasa seiring dengan dunia teknologi maklumat yang sangat cepat berkembang pesat agar tidak ketinggalan. Sekiranya pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan media dengan baik, sudah pasti tugasan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.
- Penggunaan pelbagai jenis media akan membantu pembelajaran yang lebih menarik dengan pelbagai aplikasi yang menjadikan sesuatu pembelajaran lebih efektif dan menarik. Seterusnya pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran belajar di samping menguatkan ingatan bagi sesuatu topik kerana penggunaan pelbagai media boleh membantu meningkatkan cara berfikir secara kreatif dan kritikal.
3.      Kemahiran Merancang
- Pelajar perlu bijak mengutamakan perkara yang paling utama.
- Membina jadual dan hendaklah berusaha  untuk mengikut jadual yang disediakan sehabis baik.
4.      Menukar Tatacara Pemikiran (mindset)
- Pelajar perlu mempunyai sikap dan kualiti tertentu seperti bersungguh-sungguh dan tekun agar agar dapat mengimbangi tanggungjawab sebagai pelajar adalah seimbang dengan tanggungjawab lain dalam kehidupan seharian.

SUMBER PEMBELAJARAN TERBUKA/Open Education Resources(OER) (FundofInst.)



SUMBER PEMBELAJARAN TERBUKA/Open Education Resources(OER)
Merupakan bahan-bahan pengajaran, pembelajaran dan sumber-sumber penyelidikan dalam apa jua bentuk sama ada digital atau sebaliknya yang ditinggalkan di domain awam atau telah dikeluarkan di bawah lesen harta intelek yang membenarkan penggunaan percuma dan boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penilaian dan penelitian. OER merupakan bahan-bahan pengajaran yang bebas untuk digunakan dan tidak melibatkan sebarang kos serta perundangan, ianya tidak sama seperti kebiasaan sumber-sumber yang dilindungi oleh hak cipta.  OER dibina oleh individu atau organisasi yang memilih untuk mengekalkan sedikit pemilikan hak cipta tersebut. OER merangkumi video, rancangan pengajaran, kursus dalam talian, kurikulum dan juga termasuk platform perisian yang diperlukan untuk membina, membuat perubahan dan berkongsi bahan-bahan.
Penggunaan OER dijadikan sebagai satu inovasi dalam dunia pendidikan apabila kebanyakan individu mengakses bahan-bahan terbuka secara formal ataupun sebagai sumber tambahan kepada kurikulum atau program yang sedia ada. Contohnya, guru boleh menggunakan satu rancangan pengajaran terbuka secara dalam talian untuk menambahkan aktiviti tambahan serta mennyediakan latihan tambahan kepada pelajar-pelajar yang masih kurang arif dan bergelut dalam memahami sesuatu konsep pembelajaran.
Selain itu, sekolah-sekolah yang mempunyai capaian internet yang stabil dan kuat juga boleh mewujudkan perpustakaan digital kepada guru-guru dengan menyediakan koleksi bahan-bahan daripada sumber pembelajaran terbuka supaya dapat memudahkan guru untuk mencari, membuat rancangan pelajaran tertentu atau menyediakan bahan-bahan yang sesuai dengan subjek dan tahap pelajar-pelajar mereka.
Penggunaan OER memberi kemudahan kepada pelajar serta dapat menjimatkan masa dan menjimatkan kos kerana kebanyakkan sumber OER boleh diakses dengan percuma tanpa sebarang bayaran. Sebagai pelajar, penggunaann OER memberi peluang kepada mereka mengakses bahan pembelajaran dan bersosial dalam bidang pendidikan tanpa sempadan secara atas talian. Perkara ini membolehkan pelajar dapat berinteraksi secara positif dengan menyuarakan pendapat, idea serta dapat berkongsi sumber pembelajaran dan ilmu pengetahuan yang meluas tanpa melibatkan kos yang banyak.
Salah satu contoh sumber pendidikan terbuka ialah “Open Learn” yang mana laman sesawang ini boleh digunakan untuk tujuan berikut:
i.                    Mencari artikel secara imbasan melalui kategori subjek, menonton video dan berinteraksi dengan ciri-ciri dan permainan yang dicipta oleh pakar-pakar akademik.
ii.                  Meneroka topik baru untuk membangunkan pengetahuan sendiri atau mencari bahan rujukan untuk topik yang sudah dipelajari
iii.                Menyertai perbahasan secata dalam talian.
iv.                Mengambil salah satu kursus percuma yang disediakan dalam talian.
v.                  Mendapatkan lencana digital atau sijil penyertaan sebagai bukti pembelajaran.


Model Keller ARCS (FundofInst.)





Model Keller (ARCS)
ARCS merupakan singkatan daripada perkataan attention (perhatian), relevance (berkaitan), confidence (percaya diri), dan satisfaction (kepuasan).
Model pembelajaran ARCS merupakan suatu bentuk kaedah pendekatan pemecahan masalah untuk merancang aspek motivasi serta persekitaran belajar dalam mendorong dan mempertahankan motivasi pelajar untuk belajar (Keller, 1987). Model pembelajaran ini berkait rapat dengan motivasi pelajar terutama motivasi untuk memperoleh pengetahuan yang baru.
Model pembelajaran ARCS ini mempunyai kelebihan berikut:
i)                    Memberikan petunjuk aktif dan memberi arahan tentang apa yang harus dilakukan oleh pelajar
ii)                  Menekankan penggunaan bahan pengajaran yang menarik tidak hanya menekankan kaedah teori semata-mata
iii)                Pembelajaran yang berpusatkan murid serta dikukuhkan dengan motivasi
iv)                Penilaian menyeluruh terhadap tahap pencapaian individu agar strategi pembelajaran yang lebih efektif

Langkah-langkah model pembelajaran Attention Relevance Confidence Satisfaction (ARCS) adalah sebagai berikut:
1. Membangkitkan minat dan perhatian pelajar
2. Menjelaskan tujuan pembelajaran dan manfaat pembelajaran.
3. Mengajukan pertanyaan yang berhubungan dengan pengalaman kehidupan seharian berdasarkan topik yang diajar.
4. Mengingatkan kembali pada konsep yang telah dipelajari.
5. Menyampaikan bahan pembelajaran.
6. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran.
7. Memberi bimbingan dan motivasi belajar.
8. Memberikan kepuasan kepada pelajar terhadap pembelajaran melalui peneguhan positif dari hasil tugas-tugas atau latihan yang telah dilaksanakan.
9. Memberikan penilaian sama ada berupa tugas ataupun latihan.
10. Menyimpulkan bahan yang telah disampaikan di akhir pembelajaran.

Thursday 16 August 2018

Model ADDIE (FundofInst.)








Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja seperti berikut:

1. Analisis
Merupakan proses penentuan serta mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, perlu pula mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut berlaku. Dalam fasa analisis ini, ianya melibatkan pelbagai aspek iaitu seperti aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran. 
Analisis ini perlu dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan dan kehendak yang sebenarnya.

2. Fasa Rekabentuk
Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

3. Fasa Pembangunan
Membangunkan sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

4. Fasa Pelaksanaan
Bahan yang telah disediakan akan diguna pakai dalam situasi yang sebenar. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah dijuji keberkesanannya.

5. Fasa Penilaian
Fasa ini juga menguji adakah objektif tercapai ataupun tidak. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai ialah penilaian secara formatif dan penilaian sumatif.



Masalah introvert (MofInst.)





Pelajar bermasalah introvert
Definisi : Orang yg bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Dari segi kata lain, mereka yang introvert mempunyai kecenderungan untuk bersendirian dan kurang bersosial dengan orang lain serta tidak bersifat terbuka terutamanya apabila melibatkan perasaan. Mereka lebih memikirkan tentang diri sendiri.
Terdapat 4 jenis introvert:

1.Introvert sosial
Mereka gemar bersosial dalam sebuah kumpulan yang kecil. 
2.Introvert pemikiran
Mereka merupakan seorang pemikir dan selalu refleksi diri sendiri. 
3.Intovert keresahan
Sentiasa takut, cemas dan bimbang dalam bersosial.
4.Introvert 'restrain and reserve
Mereka yang sangat2 berfikir sebelum bertindak.



CIRI-CIRI INTROVERT
1.                Tidak suka bercakap tetapi memproses lebih info
2.                Memberi penerangan yang detail dan konkrit serta lebih tertumpu kepada perbezaan dan perbandingan sesuatu.
3.                Kurang gembira kerana terlalu banyak berfikir
4.                Terlalu berimaginasi
5.                Tidak berani mengambil risiko
6.                Lebih suka menyendiri atau tidak suka bercampur dengan yang lain
7.                Mereka mudah disukai oleh orang lain kerana mempunyai sikap sensitif dan mengesan perubahan seseorang