Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) iaitu sistem- sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran
secara atas talian untuk kegunaan pelajar, para guru dan pentadbir.
Salah
satu aplikasi pendidikan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Topik-topik
pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke talian internet.
CIRI-CIRI
Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)
1.
MUDAH
•
Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
•
Mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang
dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu
•
Berupaya menangani pelbagai masalah dan cabaran hidup dengan yakin serta
kreatif.
•
Mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.
•
Kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisikan sesuatu maklumat
2.
KREATIF
•
Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
•
Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan
menggunakan maklumat
•
Kebolehan untuk memperkatakan tentang sesuatu produk pembelajaran dengan
mengiktirafkan harta intelek.
3.
PEKA
•
Bersikap positif dan percaya pada kebolehan yang ada pada diri sendiri ketika
diberi kerja.
•
Tidak menangguh-nangguh kerja yang diberikan.
•
Ikhlas dan jujur dalam menyelesaikan sesuatu tuntutan kerja
•
Bersifat terbuka sekiranya diberikan tugasan atau kerja yang baru
•
Melakukan sesuatu kerja dengan sebaik mungkin
4.
SENTIASA MELAKUKAN PENAMBAHBAIKKAN
•
Mampu meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri
•
Melakukan Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasakan
pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian
•
memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai
cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.
•
meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih
berkesan dan cekap.
Kelebihan
LMS kepada pentadbiran
Mampu
menyeragamkan usaha pentadbiran
Memudahkan penyampaian kursus atas talian.
Mengurangkan
kos latihan dengan LMS
Dapat menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
Meningkatkan
pematuhan dengan keperluan kawal selia
Kelebihan
LMS kepada guru
Memusatkan
strategi pembelajaran dan pengajaran lebih teratur
Membantu dan memudahkan proses pembelajaran
Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online
Memasang
dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat
Meningkatkan
kebolehan dalam pengajaran dan pembelajaran
Mewujudkan Pembelajaran Berpusat
Kelebihan
LMS kepada murid
Memberi
kemudahan kepada pelajar dalam membuat rujukan ketika membuat sesuatu tugasan.
Pelajar
mudah mengetahui tentang pengumuman penting yang diuar-uarkan
Pelajar
mudah berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan dalam menyelesaikan tugasan
melalui chat real-time,emel dan sebagainya
Pembelajaran
boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa
Membantu
pelajar mencari apa-apa maklumat pembelajaran yang diperlukan
# Jika anda rasa artikel ini bermanfaat atau perlukan penambahbaikkan, berkongsi maklumat, pandangan atau pendapat sila nyatakannya diruang komen. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment