Powered By Blogger

Monday 13 August 2018

Pembelajaran Kolaboratif (MofInst.)



KAEDAH PEMBELAJARAN KOLABORATIF


Kamus Dewan (2005: 805) mencatatkan maksud "kolaboratif" ialah ialah erat dari segi kerjasama antara dua pihak atau pun lebih. Definisi ini merujuk kepada kerjasama ke arah melaksanakan aktiviti kebaikan. Pembelajaran kolaboratif adalah diasaskan berdasarkan pembelajaran koperatif. Cara yang mudah untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif adalah dengan menjalankan pembelajaran secara koperatif, di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar telah membiasakan diri dengan cara pembelajaran koperatif iaitu aktiviti pembelajaran dilakukan secara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil untuk memperoleh ilmu, maka mereka akan mudah berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.
Rumuskan persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif adalah seperti berikut:-

Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif
         Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif murid
         Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.
      Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid.
        Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi (KBAT).
   Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri/Pembelajaran Kendiri.
      Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar berkongsi pendapat serta menyampaikan idea dalam kumpulan kecil.
        Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.
        Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan.
         Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian aras pelajar sebagai faktor kejayaan.

Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolabaratif
Dalam Pembelajaran Koperatif...
Dalam Pembelajaran Kolaboratif
Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial.
Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.
Pelajar-pelajr merunding dan mengorganisasi usaha sendiri.
Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.
Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan.
Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.
Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan.
Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.
Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru

# Jika anda rasa artikel ini bermanfaat atau perlukan penambahbaikkan, berkongsi maklumat, pandangan atau pendapat sila nyatakannya diruang komen. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment