Powered By Blogger

Thursday, 16 August 2018

Kemahiran interpersonal (MofInst.)



Kemahiran interpersonal
Komunikasi Interpersonal merupakan proses interaksi antara manusia, dimana manusia berfikir, bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental antara mereka.  Ia melibatkan dua pihak. Komunikasi interpersonal adalah dinamik iaitu luas dan mempunyai makna tersirat. Dengan kata lain ianya merupakan kemahiran komunikasi antara individu dengan individu lain atau individu yang berkomunikasi dengan sekumpulan individu lain.

Terdapat 2 Ciri Komunikasi Interpersonal. Pertama, peringkat maklumat iaitu fakta, idea dan pandangan. Kedua, peringkat perhubungan iaitu perasaan, sikap dan nilai.

Pra syarat komunikasi interpersonal :-
1.      Membina hubungan sosial – memahami dan menghormati unsur sosio budaya
2.      Wacana ilmu – membantu mendalami pelbagai disiplin ilmu
3.      Perundingan – mencapai persetujuan bersama
4.      Kerjaya – dapat menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalisma
5.      Komuniti – memahami, menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti. 
6.      situasi menjadi ceria
7.      Bimbingan – membantu menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan ekspresi tingkah laku antara satu sama lain



No comments:

Post a Comment