Pembelajaran berpusatkan guru
Pengertian
-Merupakan kaedah pembelajaran
yang dijalankan secara tradisional.
-Guru memainkan peranan
aktif dalam P&P
-Guru mempunyai kuasa
penuh/autoriti mengawal murid dalam bilik darjah
- Isi pengajaran
bergantung penuh kepada guru
- Guru memberi kuliah dan
murid hanya mendengar/pendekatan pengajaran sehala
Kelebihan
-        
Kawalan
kelas mungkin lebih baik bagi sesetengah guru
-        
Sesuai
bagi bilik darjah/sekolah yang kurang mempunyai kemudahan bagi capaian maklumat
seperti disekolah2 pendalaman.
Kekurangan
-Sangat bergantung kepada
pengetahuan guru mengenai topic yang di ajar
- Tidak menggalakkan
pelajar memberi pendapat mereka sendiri
- Tidak dapat mengembangkan potensi
murid
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN
  GURU 
 | 
  
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN
  MURID 
 | 
 
- Guru sebagai penyampai utama maklumat berkenaan bidang tertentu 
- Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu
  yang penting 
- Pelajar tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
- Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu mengajar yang
  akan digunakan dalan P&P. 
- Guru menentukan sendiri tatacara membuat penilaian terhadap prestasi
  pelajar 
- Komunikasi satu hala. Hanya guru yang bercakap di dalam kelas. 
- Pendapat dan pandangan pelajar tidak diambil kira. 
 | 
  
- Guru sebagai fasilitator 
- Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat
  pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan
  pembelajaran. 
- Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan
  kelas. 
- Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui
  rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. 
- Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan
  aktiviti pembelajaran. 
- Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas
  apa yang mereka pelajari. 
- Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan
  pelajar. 
- Merancang penilaian berterusan secara kolaborati 
- Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan pantauan dan panduan
  guru. 
 | 
 
Contoh kaedah yang digunakan oleh guru: 
 | 
  
Contoh kaedah yang boleh digunakan dalam kelas: 
 | 
 
1.  Kuliah masteri, demonstrasi,  dan bercerita, latih tubi 
2. Catatan nota – guru menulis, pelajar mendengar dan menyalin dalam
  buku 
3. Satu sumber rujukan – buku teks 
4. Lokasi pembelajaran terhad di dalam kelas 
5. Penerangan dan membuat latihan 
6. Memberikan dan menyampaikan maklumat 
7. Mengajarkan prosedur (SOP) 
8. Membina kemahiran langkah demi langkah 
 | 
  
1. Sumbang saran dan debat 
2. Main Peranan,  kerja lapangan dan projek. 
3. Pelbagai sumber rujukan – ensiklopedia, internet, pemerhatian 
4. Lokasi pembelajaran yang pelbagai – makmal 
 | 
 


No comments:
Post a Comment