Powered By Blogger

Friday 17 August 2018

Penggunaan ICT dalam Pembelajaran dan Pengajaran


Maksud “Penggunaan ICT”
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran.
Cara menggunakan ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT).
Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai:
i. ICT Sebagai Alat Tutorial·
ii.ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)·
iii. ICT Sebagai Alat Aplikasi · ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.
Manfaat ICT Dalam Pembelajaran
1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan
3. Meningkatkan motivasi pelajar.
4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
5. Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
6. Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul.
7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
8. Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
9. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
10. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima.
11. Meningkatkan kemahiran ICT.
Kelebihan Menggunakan ICT
1. Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
2. Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
3. Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
4. Sebagai Alat Pemudah Komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
i.Text
ii. Grafik
iii. Audio.
iv. Video
kombinasi dua atau lebih mod di atas

No comments:

Post a Comment