SeLamat Datang ke Blog CikGu iZarDi
Thursday, 1 August 2019
Saturday, 18 August 2018
STATISTIK
Statistik
deskriptif
Digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti demografi responden dan
sebagainya. Ia digunakan untuk membuat
kesimpulan mengenai data numerikal. Ia tidak boleh dibuat generalisasi
daripada sampel kajian kepada populasi.
Contoh ujian statistik ialah frekuensi,
min, median, peratus dsb
Statistik inferensi
Digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara variabel. Ia juga digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih
daripada populasi. Daripada dapatan, ia dapat dijadikan sebagai
generalisasi sampel mengenai populasinya.
Contoh ujian statistik yang digunakan
ialah ujian-t untuk melihat perbezaan diantara 2 variabel, ujian korelasi untuk melihat perhubungan dsb.
1. Variabel Tergantung
Variabel tergantung adalah variabel penelitian yang diukur untuk
mengetahui besarnya efek atau pengaruh variabel lain. Besarnya efek
tersebut diamati dari ada-tidaknya, timbul-hilangnya, membesar-mengecilnya,
atau berubahnya variasi yang tampak sebagai akibat perubahan pada variabel lain
termaksud.
2. Variabel Bebas
Variabel Bebas adalah suatu variabel yang variasinya mempengaruhi
variabel lain. Dapat pula dikatakan bahwa variabel bebas adalah variabel
yang pengaruhnya terhadap variabel lain ingin diketahui. Variabel ini dipilih
dan sengaja dimanipulasi oleh peneliti agar efeknya terhadap variabel lain
tersebut dapat diamati dan diukur.
3. Variabel
Kendali
Apa yang dapat dilakukan oleh
peneliti dalam hal ini adalah menjadikan variabel-variabel bebas yang hendak dikendalikan
pengaruhnya itu sebagai variabel kendali (control variabel). Variabel
kendali adalah variabel bebas yang efeknya terhadap variabel tergantung
dikendalikan oleh peneliti dengan cara menjadikan pengaruhnya netral. Dengan
kata lain, variabel bebas yang semula dibiarkan bervariasi kini dibatasi
sehingga variasinya minimal atau hilang sama sekali.
4. Variabel
Moderator
Variabel moderator adalah variabel
bebas bukan utama yang juga diamati oleh peneliti untuk menentukan sejauh
manakah efeknya ikut mempengaruhi hubungan antara variabel bebas utama dan
variabel tergantung. Variabel moderator dibiarkan bervariasi agar pengaruhnya
terhadap variabel tergantung dapat diamati dan diperhitungkan sehingga dapat
diperoleh kesimpulan yang lebih cermat mengenai hubungan variabel bebas dan
variabel tergantung.
5. Variabel
Antara
Variabel antara adalah suatu faktor
yang secara teoritik berpengaruh terhadap fenomena yang diamati akan tetapi
variabel itu sendiri tidak dapat dilihat, diukur, maupun dimanipulasikan sehingga
efeknya terhadap fenomena yang bersangkutan harus disimpulkan dari efek
variabel bebas dan variabel moderator.
Jenis HIPOTESIS (Nul & Alternatif)
Pernyataan sesuatu hipotesis bersifat
sama ada negatif atau positif.
i. HIPOTESIS NUL / STATISTIK
i. HIPOTESIS NUL / STATISTIK
- Hipotesis yang
mempunyai pernyataan negatif.
- Hipotesis statistik yang menyatakan
bahawa tidak terdapat kaitan antara pembolehubah yang diselidik, sehingga
diuji secara statistik.
- Penyelidik perlu bersikap terbuka dan adil dalam menentukan keputusan sesuatu penyelidikan, iaitu dengan menyatakan tidak ada kaitan, perubahan, pengaruh, kesan dan sebagainya terhadap perkara yang diselidik.
- Penyelidik perlu bersikap terbuka dan adil dalam menentukan keputusan sesuatu penyelidikan, iaitu dengan menyatakan tidak ada kaitan, perubahan, pengaruh, kesan dan sebagainya terhadap perkara yang diselidik.
Contoh :
1.
Jantina tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar
universiti yang lemah dalam kursus sains.
2.
Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan
dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.
** Bagi hipotesis no. 1, apabila dikatakan bahawa tiada kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, dijangkakan bahawa pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah tidak berbeza, seperti yang dinyatakan dalam hipotesis no. 2 juga.
Jika keputusan ujian statistik menunjukkan :
** Bagi hipotesis no. 1, apabila dikatakan bahawa tiada kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, dijangkakan bahawa pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah tidak berbeza, seperti yang dinyatakan dalam hipotesis no. 2 juga.
Jika keputusan ujian statistik menunjukkan :
#tidak
berbeza secara signifikan
Penyelidik
akan menerima hipotesis nul sekiranya perbezaan pencapaian antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak berbeza secara
signifikan.
#berbeza
secara signifikan
Penyelidik
akan menolak hipotesis nul sekiranya terdapat perbezaan yang
signifikan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
ii. HIPOTESIS ALTERNATIF /
PENYELIDIKAN
- Hipotesis yang
mempunyai pernyataan positif.
- Hipotesis penyelidikan yang menyatakan
bahawa terdapat kaitanantara pembolehubah yang diselidik.
- Hanya pembolehubah tertentu yang
dianggap mempunyai kaitan akan diselidik dalam sesuatu penyelidikan.
Penyelidikan tidak akan dilakukan ke atas pemboleh ubah yang tiada kaitan
seperti pencapaian pelajar dan jenis darah.
Contoh :
1.
Jantina mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar
universiti yang lemah dalam kursus sains.
2.
Terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam
kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.
** Kedua-dua hipotesis menyatakan bahawa terdapat kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, bermaksud akan wujud perbezaanpencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan, maka penyelidikan dilaksanakan bagi memastikan wujudnya kaitan.
** Kedua-dua hipotesis menyatakan bahawa terdapat kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, bermaksud akan wujud perbezaanpencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan, maka penyelidikan dilaksanakan bagi memastikan wujudnya kaitan.
Jika keputusan ujian statistik menunjukkan
:
#berbeza
secara signifikan
Penyelidik
akan menerima hipotesis alternatif sekiranya terbukti
wujud perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki dan
pelajar perempuan.
#tidak
berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menolak hipotesis
alternatif sekiranya perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan tidak berbeza secara signifikan.
Jika ujian statistik (ujian parametrik) T-Test dan ANOVA menggunakan data skala ratio bagi mengenal pasti perbezaan, ujian chi-square pula boleh digunakan untuk mengenal pasti perbezaan bagi data yang berskala nominal. Ujian chi-square ini termasuk di dalam ujian bukan parametrik.
Jadi, sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membolehkan kita menggunakan ujian bukan parametrik ketika menjalankan sesuatu penyelidikan;
a) apabila data kita tidak mematuhi syarat taburan normal (normal distribution)
b) apabila data kajian menggunakan skala pengukuran nominal dan ordinal
Ujian Chi-Square sering digunakan untuk kebebasan (Chi-Square test for independent / test of homogeneity). Ujian ini bagi digunakan bagi mengenal pasti perbandingan dua variabel yang berskala nominal. Sebagai contohnya ingin membandingkan variabel jantina iaitu kategori lelaki dan perempuan dengan tahap kemahiran berkomunikasi sama ada tahap tinggi, tahap sederhana, tahap rendah.
Kita boleh menghasilkan objektif kajian iaitu untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap kemahiran berkomunikasi berdasarkan jantina pelajar dan menggunakan analisis ujian chi-square bagi mendapatkan nilai sama ada signifikan atau tidak di antara jantina tersebut.
Ujian chi-square turut digunakan bagi menentukan kebagusan (chi-square test for goodness-of-fit). Sebagai contohnya seorang penyelidik ingin menjalankan kajian mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah. Objektif kajian – untuk menentukan perbezaan tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang mempunyai tahap komunikasi yang tinggi, sederhana dan juga rendah. Oleh itu chi-square test for goodness-of-fit boleh digunakan untuk menentukan tahap kemahiran komunikasi mana yang signifikan dan menyumbang paling besar dalam kalangan pelajar tersebut (baca nilai residual dan Obseverd N)
___________________________________________________________________
Sisihan Piawai(standard deviasion) menggambarkan sebaran nilai2 dalam sample. semakin kecil nilai sisihan piawai, nilai2 pada sample data cenderung dekat dengan nilai puratanya. dan sebaliknya, semakin besar sisihan piawai, nilai sample semakin bervariasi. semakin menyebar/meningkat menjauhi nilai puratanya.
Standard error, ini mencerminkan ketepatan sample yang kita pilih terhadap populasinya. semakin kecil nilai standard eror, semakin menunjukkan bahawa sample yang diambil kita semakin bagus, atau cukup mewakili populasi yang sedang dikaji. dan sebaliknya. makanya nilai standard error akan mengecil saat jumlah sample kita diperbanyak.
Contohnya, jika di dalam kelas ada 30 pelajar ( = populasi), dan kita akan mengambil 15 orang sebagai sample( = sample), ketepatannya/ perwakilannya akan berbeza dibandingkan jika kita mengambil sample lebih banyak (misal 20 orang = sample). pasti yg 20 orang sample lebih mengambarkan populasi.
____________________________________________________________________________
Secara umum, Ujian-t (t-test) digunakan bagi mengetahui samada min bagi dua kumpulan berbeza secara signifikan. Anda boleh tahu perbezaan min antara dua kumpulan. Jika anda anda tiga atau lebih kumpulan - tidak mungkin lagi anda tahu perbezaan min kerana perbezaan hanya untuk dua kumpulan. Jika min kumpulan A = 30 dan min kumpulan B = 35, maka perbezaan min adalah 5 poin. Tetapi jika anda ada 3 kumpulan, C = 40, berapakan perbezaan min? Ketika ini, anda memerlukan konsep variance untuk menentukan perbezaan antara 3 atau lebih kumpulan. Konsep perbezaan hanya untuk bandingkan 2 kumpulan sahaja. Jika anda menggunakan ujian-t untuk mengira pebezaan dua min, pengiraan anda melibatkan standard error (mempunyai kiraan asas yang sama dengan standard deviation, sd yang juga adalah error) .Jika anda ada 3 kumpulan, katakan A,B dab C, bermakna anda perlu melakukan 3 pengiraan dengan membandingkan min A,B dan B,C dan A,C. Tiga pengiraan ini melibatkan error yang besar kerana anda mengira 3 kali standard error. Jalan penyelesaiannya adalah dengan mengira variance ANTARA kumpulan A,B dan C dinisbahkan dengan jumlah variance DALAM kumpulan A,B dan C. Jika jumlah variance ANTARA kumpulan melebihi jumlah variance DALAM kumpulan, bermakna terdapat perbezaan pada skor mana-mana kumpulan. Pengiraan variance ini dilakukan sekali sahaja dengan melibatkan pengiraan variance skor KESEMUA kumpulan tanpa melibatkan standard error maka anda dapat mengelak dari mengira 3 t-test dengan melibatkan 3 kali standard error. Oleh sebab itulah, analisis statistik perbezaan skor lebih dari 2 kumpulan, anda menggunakn ANOVA dan bukannya t-test.
JADUAL MENUNJUKKAN PERBEZAAN ANTARA:
Friday, 17 August 2018
Modul Pembelajaran Kendiri (FundofInst.)
Modul Pembelajaran
Kendiri
Modul
kendiri digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Modul didefinisikan
sebagai satu unit pengajaran dan pembelajaran kendiri yang lengkap dan
terancang bagi menyampaikan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran.
Ciri-ciri asas modul
pembelajaran kendiri.
Modul
yang ditulis dengan jelas dan dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Ini boleh dicapai kerana modul mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang wujud
melalui aplikasi teori-teori pembelajaran. Di antara ciri-ciri tersebut adalah
seperti berikut;
Kandungan
lengkap
Setiap
unit modul seharusnya mengandungi semua bahan yang diperlukan untuk mencapai
objektif modul tersebut. Ia merupakan satu pakej yang lengkap dengan
bahan-bahan pembelajaran arahan kendiri.
Arahan
kendiri.
Penggunaan
modul memberi peluang kepada pelajar menguruskan pembelajaran mengikut
kemampuan masing-masing. Mereka juga boleh mengulangi mana-mana bahagian dengan
segera apabila didapati perlu. Susunan modul boleh dipelbagaikan supaya dapat
menampung pembelajaran pelajar yang mempunyai minat dan keperluan yang berbeza.
Perbezaan
di antara individu.
Pelajar
mempunyai tahap kebolehan yang berbeza di dalam proses pembelajaran. Tidak
mungkin seorang guru dapat memenuhi keperluan setiap pelajar. Modul membolehkan
pelajar menentukan tahap kemajuan pembelajaran masing-masing.
Pernyataan
objektif yang jelas.
Pelajar
belajar dengan lebih berkesan jika mereka jelas tentang hala tuju pembelajaran
berkenaan. Objektif yang jelas amat penting kepada penulis modul, kepada guru
yang menggunakan modul dan kepada pelajar yang belajar menggunakan midul
tersebut.
Perkaitan,
urutan dan struktur pengetahuan yang optima.
Modul
menggabungkan pengalaman praktikal, bahan teorikal, maklumat dari pelbagai
media dan bahan subjek utama yang dikaitkan dengan konsep bahan berkenaan.
Penggunaan
media dan kaedah yang pelbagai.
Tindakbalas
pelajar terhadap pelbagai media pembelajaran adalah berbeza. Terdapat pelajar
yang lebihberminat kepada kaedah pembelajaran visual, audio atau pembacaan.
Melalui modul, kesemua kaedah ini dapat digabungkan. Kaedah pembelajaran
bermodular tidak membosankan dan ia dapat mengekalkan minat pelajar dan memberi
motivasi kepada mereka.
Maklum
balas disediakan mengikut kemajuan.
Salah
satu daripada ciri-ciri modular ialah ia menyediakan maklum balas yang
berterusan mengenai kemajuan pelajar, terutamanya dalam pencapaian objektif
modul. Ini dilakukan dengan membina soalan-soalan dalam bentuk teks, senarai
semak dan kuiz pada sela tertentu, dan ikuti dengan jawapan-jawapannya. Dengan
cara ini pelajar dapat menyemak tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran
masing-masing.
Pengukuhan
segera.
Pengukuhan
di dalam konteks modul bermaksud ganjaran terhadap pembelajaran. Modul
menggunakan maklum balas yang tepat untuk membentuk tingkah laku pelajar.
Kelewatan dalam menyediakan maklum balas untuk pelajar akan menurunkan tahap
pembelajaran pelajar tersebut.
Penyertaan
aktif pelajar.
Modul
direka bentuk untuk menggalakkan penyertaan aktif di kalangan pelajar. Oleh
kerana pelajar mengawal pembelajaran masing-masing, maka mereka sendiri yang
menentukan sama ada hendak meneruskan pembelajaran atau mengulangi bahagian
pembelajaran tertentu, masa untuk belajar dan bila hendak menjawan soalan.
Strategi
penilaian dan penguasaan
Modul
mempunyai sistem penilaian untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap objektif
modul. Seseorang pelajar dikehendaki menguasai sesuatu modul sebelum ia
meneruskan pembelajar kepada modul yang seterusnya.
Penggunaan ICT dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Maksud
“Penggunaan ICT”
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran.
Cara
menggunakan ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT).
Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai:
i. ICT Sebagai Alat Tutorial·
ii.ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)·
iii. ICT Sebagai Alat Aplikasi · ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.
Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT).
Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai:
i. ICT Sebagai Alat Tutorial·
ii.ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)·
iii. ICT Sebagai Alat Aplikasi · ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.
Manfaat
ICT Dalam Pembelajaran
1.
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
2.
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai
keupayaan
3.
Meningkatkan motivasi pelajar.
4.
Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
5.
Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
6.
Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul.
7.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
8.
Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu
mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
9.
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
10.
Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minima.
11.
Meningkatkan kemahiran ICT.
Kelebihan
Menggunakan ICT
1. Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
2. Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
3. Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
4. Sebagai Alat Pemudah Komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
1. Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
2. Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
3. Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
4. Sebagai Alat Pemudah Komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
Kemajuan
ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti
berikut:
i.Text
ii. Grafik
iii. Audio.
iv. Video
kombinasi dua atau lebih mod di atas
i.Text
ii. Grafik
iii. Audio.
iv. Video
kombinasi dua atau lebih mod di atas
Kaedah Pembelajaran Jarak Jauh (FundofInst.)
Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)
Pembelajaran
secara jarak jauh lazimnya mengizinkan para pelajar mengambil bidang yang
disukai pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Perkara ini membolehkan mereka
menyesuaikan pendidikan dan latihan yang diterima dengan tanggungjawab atau
komitmen yang sedia ada seperti keluarga, kerjaya, masyarakat, malah hobi. Ini
memberi kesempatan kepada pelajar untuk menyusun kehidupan bersesuaian dengan
cara hidup, keterbatasan waktu, jarak dan dana yang diperlukan.
Pembelajaran melalui kaedah ini ternyata sangat berkesan dan efektif, terutama
kepada pelajar yang dewasa dan mempunyai motivasi yang kuat untuk mengejar
kejayaan di dalam kerjaya atau kepuasan diri untuk melanjutkan pengajian.
Mereka mempunyai sifat kendiri yang tinggi dan mampu memikul banyak
tanggungjawab dalam satu masa sebagai pekerja, ahli keluarga dan
sebagai mahasiswa. Sistem pendidikan ini amat sesuai dengan kemampuan pelajar.
Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sambil meneruskan karier
tanpa menjejaskan komitmennya yang lain.
Melalui
pendidikan secara jarak jauh ini, para pelajar perlu berdikari atau belajar
kendiri dalam menelaah atau mengulangkaji pelajaran. Perhubungan yang minima di
antara pensyarah dan pelajar dan pelajar dengan pelajar yang lain memaksa pelajar
untuk mencari bahan dalam membuat ulangkaji sendiri. Perhubungan secara maya
mendekatkan jurang perbezaan ini tetapi masih tidak dapat menandingi
perhubungan secara tradisional.
Dalam
sistem pembelajaran jarak jauh, perhubungan ini dijalinkan melalui bentuk
cetakan, perhubungan elektronik, telefon, telesidang, audio, video penyiaran
dan lain-lain cara lagi. Terdapat banyak kaedah perantaraan yang digunakan oleh
institusi yang menawarkan program pengajian jarak jauh, antaranya adalah :
KAEDAH
PENGANTARA
|
CONTOH
|
Media Cetak
|
-Makalah
-Poster -Akhbar
-Buku
|
Audio/Media Visual
|
-Telefon
dan fax
-Radio, Penyiaran Microwave -Kaset audio |
Komputer/Internet
|
-E-mel
-Akses kepada World Wide Web -Perisian program/CD ROM |
Media Penghantaran Satelit
|
-Radio
atau televisyen digital
-Video atau Teleconferencing |
KELEBIHAN
1. Para
pelajar boleh mengawal dan mengawasi waktu belajar sendiri tanpa perlu melalui
jadual yang ketat berbanding pelajar yang belajar sepenuh masa mereka melalui
waktu pembelajaran yang lebih panjang.
2. Menjimatkan
masa dan tenaga dalam menempuhi alam pengajian kerana pembelajaran yang
mengambil masa selama empat tahun melalui kaedah konvensional juga boleh
diambil oleh pelajar jarak jauh dengan masa yang sama.
3. Pembelajaran
secara jarak jauh juga membolehkan para pelajar belajar dengan cara dan kaedah
tersendiri tanpa perlu mengikut rentak sedia ada. Setiap orang mempunya corak
dan rentak yang berbeza dan kaedah ini bersesuaian dengan keselesaan dan
keupayaan masing-masing.
4. Penghantaran
kertas kerja atau tugasan juga amat mudah dan menyelesakan. Hanya dengan satu
petikan butang, tugasan yang diterima sudahpun dihantar.
5. Akses
kepada perpustakaan atau maklumat pada setiap masa dan ketika. Ia tidak
tertakhluk kepada masa tertentu dan pastinya dengan keselesaan di rumah
sendiri. Ini membolehkan seseorang melaksanakan beberapa tugasan dalam satu
masa.
KEKURANGAN
1. Kurangnya
perhubungan antara fakulti, pensyarah dan pelajar lain. Menelaah sejumlah buku
atau jurnal yang banyak dengan ketiadaan mentor untuk mengawasi adalah agak
sukar bagi sesetengan pelajar. Kurang perhubungan dengan pensyarah boleh
membawa kepada kurang penerimaan atau pemahaman bagi sesetengah tajuk.
2. Masalah
disiplin yang dihadapi bagi meneruskan pengajian dan menelaah pelajaran. Tanpa
pengawasan yang rapi dan peringatan dari pensyarah, bagi sesetengah pelajar
akan ketinggalan dalam meneruskan pengajian. Masalah akan menjadi semakin
rumait andai berlaku pertembungan antara kehendak kerjaya atau keluarga dan pembelajaran
yang memerlukan komitmen dalam masa yang serentak
3. Kebergantungan
kepada teknologi membataskan hubungan sesama mereka. Jawapan yang diperlukan
pada masa yang cepat seperti pertanyaan kepada pensyarah tidak dapat
diperolehi. Begitu juga dengan huraian mengenai sesuatu masalah juga tidak
dapat diperolehi dengan kadar segera.
4. Akses
kepada internet juga amat diperlukan bagi pelajar yang memilih pengajian
melalui kaedah ini. Tanpa sambungan kepada internet, adalah hampir mustahil
pelajar dapat meneruskan pengajian dan seterusnya berjaya hingga ke akhir. Bagi
mereka yang tinggal di bandar mungkin hampir tidak mengalami masalah
perhubungan internet berbanding dengan mereka yang tinggal di pedalaman dan
mempunyai akses kepada internet yang terhad.
Dalam
menempuh alam pengajian jarak jauh ini, pelajar haruslah mempunyai kemahiran
tertentu bagi membolehkan mereka meneruskan kesinambungan pengajian
masing-masing Antara kemahiran-kemahiran yang boleh diaplikasikan adalah :
1. Kemahiran
Mengurus Masa
-
pelajar perlu komited dan pandai menguruskan masa dengan bijak.Aktiviti membuang
masa dan tidak berfaedah haruslah dikurangkan dan sebaiknya dibuang untuk
sementara.
-
Komitmen pelajar amatlah dituntut bagi mengejar masa depan kerjaya yang lebih
cemerlang.
-
Mempunyai keupayaan untuk memberi tumpuan.
-
Pelajar boleh memfaatkan waktu senggang antara waktu kerja, sebagai masa untuk belajar
sama ada membaca nota kecil atau peta minda yang telah disediakan.
2. Kemahiran
Mengadaptasi Media
-
Pelajar perlu berkemahiran menggunakan media terutama elektronik bagi tujuan
arkib, perhubungan dan komunikasi di antara universiti, fakulti, pensyarah dan
pelajar. Pelajar mesti sentiasa seiring dengan dunia teknologi maklumat yang
sangat cepat berkembang pesat agar tidak ketinggalan. Sekiranya pelajar dapat
menguasai kemahiran menggunakan media dengan baik, sudah pasti tugasan dapat
dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.
-
Penggunaan pelbagai jenis media akan membantu pembelajaran yang lebih menarik
dengan pelbagai aplikasi yang menjadikan sesuatu pembelajaran lebih efektif dan
menarik. Seterusnya pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran belajar di
samping menguatkan ingatan bagi sesuatu topik kerana penggunaan pelbagai media
boleh membantu meningkatkan cara berfikir secara kreatif dan kritikal.
3. Kemahiran
Merancang
-
Pelajar perlu bijak mengutamakan perkara yang paling utama.
-
Membina jadual dan hendaklah berusaha untuk mengikut jadual yang disediakan
sehabis baik.
4. Menukar
Tatacara Pemikiran (mindset)
-
Pelajar perlu mempunyai sikap dan kualiti tertentu seperti bersungguh-sungguh
dan tekun agar agar dapat mengimbangi tanggungjawab sebagai pelajar adalah
seimbang dengan tanggungjawab lain dalam kehidupan seharian.
SUMBER PEMBELAJARAN TERBUKA/Open Education Resources(OER) (FundofInst.)
SUMBER
PEMBELAJARAN TERBUKA/Open Education Resources(OER)
Merupakan bahan-bahan pengajaran,
pembelajaran dan sumber-sumber penyelidikan dalam apa jua bentuk sama ada
digital atau sebaliknya yang ditinggalkan di domain awam atau telah dikeluarkan
di bawah lesen harta intelek yang membenarkan penggunaan percuma dan boleh
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penilaian dan
penelitian. OER merupakan bahan-bahan pengajaran yang bebas untuk digunakan dan
tidak melibatkan sebarang kos serta perundangan, ianya tidak sama seperti
kebiasaan sumber-sumber yang dilindungi oleh hak cipta. OER dibina oleh
individu atau organisasi yang memilih untuk mengekalkan sedikit pemilikan hak
cipta tersebut. OER merangkumi video, rancangan pengajaran, kursus dalam
talian, kurikulum dan juga termasuk platform perisian yang diperlukan untuk
membina, membuat perubahan dan berkongsi bahan-bahan.
Penggunaan OER dijadikan sebagai satu
inovasi dalam dunia pendidikan apabila kebanyakan individu mengakses
bahan-bahan terbuka secara formal ataupun sebagai sumber tambahan kepada
kurikulum atau program yang sedia ada. Contohnya, guru boleh menggunakan satu
rancangan pengajaran terbuka secara dalam talian untuk menambahkan aktiviti
tambahan serta mennyediakan latihan tambahan kepada pelajar-pelajar yang masih
kurang arif dan bergelut dalam memahami sesuatu konsep pembelajaran.
Selain itu, sekolah-sekolah yang
mempunyai capaian internet yang stabil dan kuat juga boleh mewujudkan
perpustakaan digital kepada guru-guru dengan menyediakan koleksi bahan-bahan
daripada sumber pembelajaran terbuka supaya dapat memudahkan guru untuk
mencari, membuat rancangan pelajaran tertentu atau menyediakan bahan-bahan yang
sesuai dengan subjek dan tahap pelajar-pelajar mereka.
Penggunaan OER memberi kemudahan kepada
pelajar serta dapat menjimatkan masa dan menjimatkan kos kerana kebanyakkan
sumber OER boleh diakses dengan percuma tanpa sebarang bayaran. Sebagai
pelajar, penggunaann OER memberi peluang kepada mereka mengakses bahan
pembelajaran dan bersosial dalam bidang pendidikan tanpa sempadan secara atas
talian. Perkara ini membolehkan pelajar dapat berinteraksi secara positif
dengan menyuarakan pendapat, idea serta dapat berkongsi sumber pembelajaran dan
ilmu pengetahuan yang meluas tanpa melibatkan kos yang banyak.
Salah
satu contoh sumber pendidikan terbuka ialah “Open Learn” yang mana laman
sesawang ini boleh digunakan untuk tujuan berikut:
i.
Mencari artikel secara imbasan melalui
kategori subjek, menonton video dan berinteraksi dengan ciri-ciri dan permainan
yang dicipta oleh pakar-pakar akademik.
ii.
Meneroka topik baru untuk membangunkan
pengetahuan sendiri atau mencari bahan rujukan untuk topik yang sudah
dipelajari
iii.
Menyertai perbahasan secata dalam talian.
iv.
Mengambil salah satu kursus percuma yang
disediakan dalam talian.
v.
Mendapatkan lencana digital atau sijil
penyertaan sebagai bukti pembelajaran.
Model Keller ARCS (FundofInst.)
Model Keller (ARCS)
ARCS
merupakan singkatan daripada perkataan attention (perhatian), relevance (berkaitan),
confidence (percaya diri), dan satisfaction (kepuasan).
Model
pembelajaran ARCS merupakan suatu bentuk kaedah pendekatan pemecahan masalah
untuk merancang aspek motivasi serta persekitaran belajar dalam mendorong dan
mempertahankan motivasi pelajar untuk belajar (Keller, 1987). Model
pembelajaran ini berkait rapat dengan motivasi pelajar terutama motivasi untuk
memperoleh pengetahuan yang baru.
Model
pembelajaran ARCS ini mempunyai kelebihan berikut:
i)
Memberikan petunjuk aktif dan memberi
arahan tentang apa yang harus dilakukan oleh pelajar
ii)
Menekankan penggunaan bahan pengajaran
yang menarik tidak hanya menekankan kaedah teori semata-mata
iii)
Pembelajaran yang berpusatkan murid
serta dikukuhkan dengan motivasi
iv)
Penilaian menyeluruh terhadap tahap
pencapaian individu agar strategi pembelajaran yang lebih efektif
Langkah-langkah model pembelajaran Attention
Relevance Confidence Satisfaction (ARCS) adalah sebagai berikut:
1. Membangkitkan
minat dan perhatian pelajar
2. Menjelaskan
tujuan pembelajaran dan manfaat pembelajaran.
3. Mengajukan
pertanyaan yang berhubungan dengan pengalaman kehidupan seharian berdasarkan topik
yang diajar.
4. Mengingatkan
kembali pada konsep yang telah dipelajari.
5. Menyampaikan
bahan pembelajaran.
6. Memberi
peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran.
7. Memberi
bimbingan dan motivasi belajar.
8. Memberikan
kepuasan kepada pelajar terhadap pembelajaran melalui peneguhan positif dari
hasil tugas-tugas atau latihan yang telah dilaksanakan.
9. Memberikan
penilaian sama ada berupa tugas ataupun latihan.
10. Menyimpulkan
bahan yang telah disampaikan di akhir pembelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)