Powered By Blogger

Sunday 1 May 2011

asid kuat


Larutan asid mempunyai nilai pH kurang daripada 7. Semakin kecil nilai pH, semakin kuat sesuatu asid tersebut. Asid kuat  merupakan bahan kimia bercerai sepenuhnya dalam air untuk menghasilkan ion hydrogen (H+). Ini bermaksud Asid kuat mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi, jadi nilai pH asid kuat adalah rendah. Nilai pH boleh di ukur dengan menggunakan meter pH.
Contoh-contoh asid kuat yang biasanya boleh didapati dalam makmal adalah asid sulfurik (H2SO4), asid nitrik (HNO3), dan asid hidroklorik (HCl).

  1. Asid sulfurik atau nama lamanya minyak vitriol, ialah asid mineral yang kuat. Formula kimia bagi asid sulfurik ialah H2SO4. Asid sulfurik larut dalam air pada semua kepekatan.  Asid sulfurik mempunyai banyak kegunaan, termasuk dalam kebanyakan reaksi kimia dan proses pembuatan. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan kimia pengilangan. Kegunaan utama termasuk penghasilan baja, memproses bijih, sistesis kimia, pemprosesan air kumbahan dan penapisan minyak. Disebabkan asid sulfurik bersifat penghidrat, asid sulfurik merupakan agen pengeringan yang baik, dan digunakan bagi menyediakan kebanyakan buah-buahan kering.

2. Asid nitric juga merupakan asid kuat. Formula kimia  bagi asid nitric ialah HNO3, asid nitric juga disebut aqua fortis atau spirit nitre, merupakan larutan akueous hidrogen nitrat (asid nitrik kontang). Asid ini sangat mengkakis dan bertoksik dan boleh mengakibatkan luka terbakar teruk. Asid nitrik yang tulen tidak berwarna, namun sampel lama sering menjadi kuning kerana pembentukan nitrogen oksida. Jika larutan mengandungi lebih daripada 86% asid nitrik, ia dipanggil asid nitrik berwasap.


3. Asid hidroklorik atau nama lamanya ialah asid muriatic, merupakan sebatian kimia larutan akueous gas hidrogen klorida, formula kimianya ialah  HCl. Asid hidroklorik merupakan asid kuat (sangat mengkakis) kerana mengalami penceraian sepenuhnya dalam air. Asid hidroklorik merupakan komponen utama asid gaster dan ia digunakan secara meluas dalam industri. Asid hidroklorik menjadi bahan kimia industri untuk pelbagai proses, termasuk penghasilan sebatian organik secara besar-besaran seperti vinil klorida untuk plastic PVC, MDI/TDI untuk poliuretena, dan proses lebih kecil, seperti pemprosesan gelatin dan bahan makanan, serta pemprosesan kulit (binatang). Asid hidroklorik juga boleh digunakan untuk menghasilkan garam klorida, seperti natrium klorida (NaCl).




No comments:

Post a Comment