LATAR BELAKANG SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Malaysia atau pada masa itu di sebut sebagai Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu adalah seperti pengajaran al-quran, pembentukan tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
Pada peringkat lebih teratur, terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar yang menuntut akan tinggal di pondok yang di bina di sekeliling rumah guru tersebut. Sekolah pondok tiada mempunyai sukatan yang khusus dan ianya menggunakan kaedah halaga dan pelajaran tadahan. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit mengikut dasar yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri. Matlamat utama sistem pendidikan Inggeris pada ketika itu adalah tidak jelas kerana ianya sekadar memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi dan juga bertujuan memenuhi perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Oleh itu objektif pendidikan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja. Tegasnya, pendidikan yang di laksanakan oleh Inggeris pada zaman itu berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural yang tidak sesuai dengan keadaan struktur masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang bahasa, adat dan budaya. Orientasi pendidikan yang sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.
PENDIDIKAN MADRASAH
Sistem Pendidikan Madrasah mulai diperkenalkan bagi menyaingi sekolah-sekolah sekular. Kewujudannya adalah bertujuan mengekalkan ‘keislaman’ orang-orang Melayu serta mengelakkan orang Melayu di pengaruhi sepenuhnya oleh pengaruh Inggeris. Sejarah dunia Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Kedatangan Islam pada abad ke-13 ke Tanah Melayu turut disusuli dengan perkembangan yang melahirkan ribuan tokoh agama yang gigih berjuang menegakkan syiar agama suci itu. Seorang tokoh agama yang tidak asing dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu ialah Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, khususnya agama Islam. Ini termasuk sumbangannya memajukan pendidikan agama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung Ulu Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Muda. Hasil perjuangan itu, lahirlah sistem pengajian madrasah di Tanah Melayu.
Kebanyakkan golongan yang mengasaskan Madrasah terdiri daripada Kaum Muda yang mendapat pendidikan di Mesir. Kalau diperhatikan terdapat perbezaan yang nyata sistem pendidikan Madarasah dengan sistem pendidikan pondok. Sistem pendidikan di madrasah mempunyai pembelajaran yang lebih teratur dan tersusun.
Di Madrasah, cara pengajaran lebih berbentuk sekular yang tidak lagi menggunakan kaedah halaga dan pelajaran tadahan. Sistem persekolahan di madrasah banyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan yang terdapat di Mesir dan di Barat. Antara ciri-ciri sistem pendidikan di madrasah mempunyai kemudahan seperti pembahagian kelas, kewujudan jadual waktu dan pelajaran akademik. Sebagaimana dijelaskan oleh kenyataan di bawah;
“...madrasah mempunyai kurikulum yang tertentu serta struktur yang hampir menyerupai sekolah sekular. Namun, bahasa Arab kekal sebagai bahasa pengantar tetapi segala peluang diberikan bagi pelajar-pelajar mempelajari bahasa Inggeris dan juga subjek-subjek ‘moden’ seperti sains dan matematik…”, Andaya, Sejarah Malaysia.
Kaum Muda memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sistem pendidikan madrasah. Pengasas Kaum Muda di Tanah Melayu pada ketika itu terdiri daripada Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka merupakan antara tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan di Mesir dan merupakan golongan konservatif yang mahu mengekalkan amalan tradisi orang Melayu dalam bidang agama. Namun, Kaum Muda menganggap ajaran Islam harus menerima idea dan falsafah barat agar umat Islam mendapat kemajuan setanding dengan orang lain. Oleh itu, amalan sistem pengajian pondok yang mementingkan amalan keakhiratan saja mungkin agak ketinggalan zaman dan perlu di perbaiki. Bagi menggantikan system pengajian pondok tersebut, satu sistem pendidikan yang baru haruslah dibentuk. Sistem pendidikan tersebut harus mampu memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular yang diajurkan oleh penjajah Inggeris. Selain itu juga sistem pendidikan itu mestilah mampu melahirkan pelajar yang alim, berilmu, bertanggungjawab kepada diri, agama dan bangsa.
Kaum Muda memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sistem pendidikan madrasah. Pengasas Kaum Muda di Tanah Melayu pada ketika itu terdiri daripada Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka merupakan antara tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan di Mesir dan merupakan golongan konservatif yang mahu mengekalkan amalan tradisi orang Melayu dalam bidang agama. Namun, Kaum Muda menganggap ajaran Islam harus menerima idea dan falsafah barat agar umat Islam mendapat kemajuan setanding dengan orang lain. Oleh itu, amalan sistem pengajian pondok yang mementingkan amalan keakhiratan saja mungkin agak ketinggalan zaman dan perlu di perbaiki. Bagi menggantikan system pengajian pondok tersebut, satu sistem pendidikan yang baru haruslah dibentuk. Sistem pendidikan tersebut harus mampu memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular yang diajurkan oleh penjajah Inggeris. Selain itu juga sistem pendidikan itu mestilah mampu melahirkan pelajar yang alim, berilmu, bertanggungjawab kepada diri, agama dan bangsa.
Madrasah al-Iqbal merupakan madrasah pertama didirikan di Singapura pada tahun 1907. Pada tahun 1917, Syed Sheikh al-Hadi menubuhkan Madrasah Al-Hadi di Melaka dan pada tahun 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang menubuhkan Madrasah al-Masyhor dengan kerjasama beberapa orang Arab. Peranan Kaum Muda dalam majalah Al-Imam ada menerangkan betapa pentingnya pendidikan Islam dalam masyarakat Melayu terutama dalam pendidikan madrasah, iaitu mengusulkan suatu pembaharuan pada Sistem Pendidikan Islam. Menurutnya Sistem Pelajaran Islam haruslah didasarkan pengajaran rukun dan hukum yang benar dan dengan dasar ini mata-mata pelajaran bahasa arab, bahasa inggeris dan lain-lain yang bersangkutan dengan pelajaran moden hendaklah diajarkan.
Di Kelantan, Pendidikan madrasah didokong oleh pendidikan bersifatkan keislaman dan tidak menghalangi mempelajari ilmu-ilmu moden dari Barat, kerana menganggap keseluruhan ilmu-ilmu itu berasal dari orang-orang Islam. Ini bermakna, peningkatan pemikiran orang-orang Melayu terhadap pendidikan agama dan duniawi diselaraskan dalam pendidikan madrasah mula diterima, pada hal, awal sistem pendidikan agama iaitu pendidikan pondok mula mencurigai pendidikan moden diterima pakai dalam pendidikan Melayu. Penubuhan Madrasah Muhammadiah pada tahun 1917 merupakan sokongan kepada pendidikan madrasah di Kelantan. Madrasah Muhammadiah melancarkan progaram pendidikan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1915, dengan pengajaran tiga bahasa iaitu Melayu, Arab dan Inggeris.
Pembaharuan sebenar dalam pendidikan Madrasah telah berkembang apabila pemikiran Za’ba diketengahkan oleh pemerintahan British. Saranan beliau supaya setiap negeri-negeri di Malaya perlu menubuhkan madrasah dalam pendidikan mereka. Kepentingan ini dilihat, sifat madrasah ini bersifat maju dan moden dari kurikulum dan pentadbiran berbanding dengan sistem pondok. Inilah di antara faktor-faktor yang mendorong Za’ba mengalu-alukan penubuhan Madrasah Muhammadiah di Kelantan. Perkembangan pendidikan Melayu dalam agama diperluaskan melalui madrasah yang memiliki kesempurnaan ilmu-ilmu agama dan dunia ketika itu. Dalam kerangka tersebut, keseimbangan kedua-dua ilmu dapat dipelajari oleh orang-orang Melayu selain pendidikan aliran Inggeris dan kolej-kolej dikelola oleh British.
Perkembangan pendidikan madrasah di negeri-negeri Melayu merupakan hasil usaha Kaum Muda dalam memperjuangkan konsep bangsa Melayu dalam pendidikan. Kerangka tersebut merupakan pembaharuan dan kemajuan dalam pendidikan Melayu, terutamanya pelajaran orang-orang Melayu dapat dipertingkatkan serta dapat meneruskan ke peringkat yang tinggi, ini dapat memenuhi hasrat perjuangan Za’ba dalam memertabatkan orang-orang Melayu dalam pendidikan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Adnan Hj. Nawang :
.....Perkembangan tersebut menggembirakan Za’ba. Apabila terdapat pembaharuan dan kemajuan dalam pendidikan Melayu, khususnya dari segi cukup pelajaran dalamnya, Za’ba yakin akan terbukalah sedikit peluang untuk membolehkan anak Melayu melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi kemudiannya..
Pada hakikat itu, orang-orang Melayu sistem pendidikan Islam terjamin serta pendidikan dikembangkan lebih peringkat tinggi sebagaimana perjuangan Za’ba mahu anak-anak muda Melayu maju dalam pendidikan. Penubuhan madrasah ini, bukan hasil keseluruhan usaha Kaum Muda, malahan peranan kerajaan-kerajaan negeri menganggap kepentingan pendidikan Islam harus di ubah mengikut aliran zaman, pembaharuan dari sistem pendidikan lama bercorak pondok ke sistem pendidikan bari bercorak madrasah.
SISTEM PENTADBIRAN DAN KURIKULUM DI MADRASAH
Sistem yang digunakan di sekolah pondok tidak lagi bersesuaian memandangkan ianya hanya tertumpu kepada aspek akhirat sahaja. Ini menyebabkan sekolah pondok tidak mampu bersaing dengan sekolah vernakular British yang diasaskan oleh mubaligh Kristian iaitu Khoo Kay Kim 1980. Oleh yang demikian, Syed Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin iaitu dua tokoh pemimpin Kaum Muda telah memperkenalkan satu sistem madrasah yang baru di Tanah Melayu. Kaum Muda merupakan satu golongan yang kuat dipengaruhi oleh ajaran Sheikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Kedua-dua tokoh ini telah mendapat pendidikan di Timur Tengah.
Sistem pentadbiran baru yang diperkenalkan di madarasah ini, menyeru masyarakat melayu Islam supaya kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis tanpa menolak kemajuan sains dan teknologi. Selain itu, sistem pentadbiran ini telah memperkenalkan satu kurikulum yang baru untuk menyesuaikan pendidikan Islam di Tanah Melayu dengan kurikulum pendidikan Islam yang dilaksanakan di Timur Tengah. Ini bertujuan bagi membolehkan pelajar-pelajar dari madrasah Tanah Melayu menyambung pelajaran di universiti-universiti di sana khususnya Universiti Al-Azhar. Menerusi sistem ini, beberapa institusi pengajian islam yang lebih kemas dan sistematik berbanding sistem pondok telah didirikan.
Madrasah di Tanah Melayu ditadbir secara lebih teratur dan kemas berbanding sekolah pondok. Setiap madrasah di Tanah Melayu mempunyai Lembaga Madrasah, jawatankuasa kewangan, mudir(pengetua), sukatan pelajaran dan kelas. Lembaga madrasah ditubuhkan bertujuan memantau dan menyelia segala keperluan yang diperlukan bagi setiap madrasah yang ada di Tanah Melayu. Contohnya keperluan dari segi kekurangan sumber kewangan, guru-guru agama atau kelengkapan untuk pembelajaran. Setiap madrasah di Tanah Melayu pula, akan di tadbir oleh seorang mudir iaitu pengetua. Mudir akan bertanggungjawab bagi memastikan madrasah yang dipimpin olehnya berjalan lancar.
Terdapat beberapa pembahagian kelas di bawah sistem pentadbiran madrasah ini. Kelas dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat ibtidai (rendah), peringkat thanawi (menengah) dan peringkat takhassus (pengkhususan). Selain itu, melalui sistem madrasah ini, pembelajaran bahasa Arab berlaku dengan cara yang lebih kemas dan tersusun berbanding di sekolah pondok. Bahasa Arab yang diperkenalkan adalah lebih sistematik dan lebih menyeluruh untuk dipelajari oleh semua pelajar di madrasah Tanah Melayu. Antara sukatan pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar di madrasah ialah tatabahasa Arab (nahu), sarf, balaghah, sastera, ta’bir, imla’, khat, terjemahan dan sebagainya.
CONTOH – CONTOH MADRASAH
Antara madrasah yang awal didirikan di Tanah Melayu ialah seperti Madrasah Al-Iqbal. Madrasah ini diasaskan oleh Syed Sheikh al-Hadi di Selegie Road, Singapura pada tahun 1907 dan kemudian beliau juga menubuhkan sebuah madrasah di Melaka iaitu Madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba pada tahun 1917. Beliau turut menubuhkan sebuah madrasah di Pulau Pinang iaitu Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah, pada tahun 1919. Seorang anak didik Al-Masyhor, iaitu Syeikh Abdullah Maghribi telah mendirikan madrasah Idrisiah di Perak. Terdapat lepasan Al-Masyhor yang lain turut menubuhkan Madrasah Al-Diniyyah Kampung Lalang, Perak pada tahun 1934. Kesemua madrasah ini menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar yang utama.
PERKEMBANGAN MADRASAH PADA MASA KINI
Sejarah awal penubuhan madrasah yang dahulunya merupakan sebuah institusi pendidikan Menengah Agama Rakyat kini sebahagian besarnya telah diambil alih oleh kerajaan.
Dari segi pembelajaran di Madrasah kini, terdapat 2 peringkat pengajian iaitu Peringkat Peralihan (Tahdiri)- 1 Tahun , Peringkat Persediaan (Ikdadi)- 3 Tahun dan Peringkat Thanawi- 4 Tahun. Matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah - sekolah madrasah adalah beberapa matapelajaran yang khusus seperti Tulisan Jawi, Luqhatul Arabiah, Muthalaah, Muhaadasah, Nahu, Insyak dan Sorof. Manakala bahagian Akademik pula ialah Bahasa Melayu , Matematik dan Bahasa Inggeris. Ikdadi pula ialah Muthalaah ,Mahfuzat,Muhadasah, Nahu, Sorof, Insyak, Imlak, Tajwid, Khat, Fiqh, Tauhid, Tafsir, Hadith, Akhlak, Tarikh dan juga matapelajaran ekademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Bahasa Arab Komunikasi, Pendidikan Islam dan Geografi. Thanawi terdiri daripada Muthalaah, Mahfuzat, Muhadasah, Nahu, Sorof, Insyak, Imlak, Tajwid, Khat, Fiqh, Tauhid, Tafsir, Hadith, Akhlak, Tarikh, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .
Pentadbiran madrasah adalah di bawah Lembaga Pentadbir dan guru-guru. Fungsi utama Lembaga ini adalah untuk menentukan dan melicinkan perjalanan pentadbiran dan pelajaran Madrasah.Ahli-ahli Lembaga Madrasah terdiri daripada intelek Islam dan ulama'-ulama'. Tenaga pengajar madrasah ini terdiri daripada lepasan Universiti Timur Tengah dan tempatan serta lulusan Shahadah, STPM dan lain-lain. Kerajaan pusat dan Majlis Agama Islam merupakan antara penyumbang kepada ekonomi madrasah selain bantuan dan sokongan derma khairat serta wakaf daripada orang ramai. Penggal persekolahan di madrasah bermula setiap awal tahun bermula dari bulan Januari hingga pertengahan bulan November seperti sesi persekolahan biasa. Di tahun 50an, penggal pengajian adalah sebanyak 3 penggal. Penggal pengajian sekarang hanya sebanyak 2 penggal. Ketika di era 50an, madrasah bercuti selama sebulan ketika bulan Ramadhan. Di era baru ini, cuti sebulan di bulan Ramadhan telah dimansuhkan.
Tempat pembelajaran di madrasah juga jauh lebih selesa berbanding dahulu, biasanya madrasah hari ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pejabat pentadbiran, bilik kelas, makmal, perpustakaan, dewan makan dan sesetengah madrasah menyediakan bilik kelas atau bilik guru yang berasingan antara lelaki dan perempuan. Bagi pelajar yang datang dari jauh, biasanya kemudahan asrama akan disediakan.